Apple mengumumkan bahawa game Air Twister telah dilancarkan secara eksklusif hari ini di Apple Arcade! Dibuat oleh dev legenda Jepun Yu Suzuki (bertanggungjawab untuk Shenmue, Virtua Cop, Virtua Fighter), Air Twister ialah game “3D fantasy adventure endless shooter” di mana kita mengawal Princess Arch yang harus melawan penceroboh pelik untuk menyelamatkan planet mereka daripada kemusnahan.

Dengan mekanik “swipe-shoot” yang mudah dan menyeronokkan di skrin sentuh, takdir seluruh planet kini berada di tangan anda. Sebanyak 12 level menanti anda dan semuanya berbeza antara satu sama lain untuk menunjukkan keunikan dunia game.
Siapakah yang kita akan lawan dalam game ini? Lebih 20 makhluk berbeza yang digelar sebagai Vanguard akan menghalang perjalanan kita manakala 10 bos unik menanti cabaran anda di penghujung level.

Air Twister akan menyertai katalog Apple Arcade bagi game yang dibuat oleh studio Jepun terkenal, termasuk Fantasian oleh Mistwalker Corp., World of Demons oleh Platinum Games dan Castlevania: Grimoire of Souls oleh Konami.
Selain itu, beberapa game lain juga telah menerima kemas kini baru. Senarai update adalah seperti berikut:
- Angry Birds Reloaded — Menambah update Midsummer, merangkumi yang Episode baru. update, which includes a new Episode featuring the Midsummer sun, mayhem, and mosquitoes.
- Gear.Club Stradale — Memperkenalkan acara in-game Super Carta seterusnya. Kali ini pemain boleh memenangi Porsche Cayman GT4 jika kelab mereka melengkapkan 100% Carta. Update ini juga menambah ciri untuk membuka bahagian kereta di Shared Parking dan Car Dealer.
- MasterChef: Let’s Cook! — Update ini memperkenalkan Duels, mod baru di mana pemain boleh mencabar rakan atau pihak lawan dalam talian untuk resipi kegemaran mereka. Pemain juga boleh melihat pertandingan bertema setiap minggu, episod baru (Episode 13) dan item bertema musim panas.
- PAC-MAN Party Royale — Mulakan musim Festival baru, termasuk set pakaian baru, emote baru dan XP booster.
- Nickelodeon Extreme Tennis — Cuba mode Tournament serba baharu. Update ini juga menambah watak barru (Susie) dan cerita lima episod, tiga raket Pro dan tiga gelanggang Pro.
- Zookeeper World — Pemain boleh mengubahsuai watak Zookeeper, menambah 20 Puzzle Stage, jenis haiwan bayi baru, peralatan baru, misi Star Collection baru, mini-game baru (Stick Rabbit Ropé) dan acara Mission of the Week baru.
- Star Trek: Legends — Star Trek: Legends — Memperkenalkan Hero Seska dan menambahkan acara Hero khusus ke Dungeons.
Untuk info lanjut tentang gameplay, korang boleh menyemak bahagian “Recently Updated” di Apple Arcade. Untuk baca segala liputan kami tentang game Apple Arcade, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post