Game Demon Slayer -Kimetsu no Yaiba- The Hinokami Chronicles sudah terjual lebih daripada tiga juta salinan daripada semua platform di seluruh dunia!
Kalau anda ingin tahu, Demon Slayer -Kimetsu no Yaiba- The Hinokami Chronicles merupakan sebuah game yang berdasarkan siri anime yang ditayangkan pada April 2019. Ianya telah dibangunkan oleh CyberConnect2 Co., Ltd dan diterbitkan di pasaran luar oleh SEGA.
Game ini memaparkan grafik menawan, kebolehan dan teknik setiap watak, dan telah mendapat banyak pujian daripada ramai pemain.
Ia juga merupakan game konsol pertama untuk siri anime Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba dengan pelbagai tambahan watak baharu melalui update percuma dan Character Pack yang dilepaskan sebagai DLC.

Sempena menyambut kejayaan ini, Demon Slayer -Kimetsu no Yaiba- The Hinokami Chronicles versi PlayStation mendapat diskaun masa terhad supaya lebih ramai pemain boleh menikmatinya. Berikut adalah potongan harga yang ditawarkan:
- Standard Edition: RM 125.95 (45%)
- Deluxe Edition: RM 147 (50%)
Bukan setakat itu sahaja, Character Pass DLC yang memaparkan tujuh watak daripada Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Entertainment District Arc, yang juga boleh digunakan dalam Versus Mode akan tersedia dengan potongan harga sebanyak 35% iaitu RM RM 64.35. DLC lain juga mendapat potongan harga sehingga 30%.

Jadi anda yang masih belum mainkan game ini, cepat-cepat buka PS Store untuk mendapatkannya. Alang-alang boleh ajak kawan main sekali apabila raya nanti.
Untuk dapatkan liputan lain mengenai game Demon Slayer daripada kami, boleh klik pautan ini.
[Makluman]
Harap maklum, laman web kami sedang dikemas kini. Format artikel akan dibaiki sebaik sahaja penyelenggaraan selesai.
@gamersantaimy
Discussion about this post