Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game Darksiders Baharu Dalam Pembikinan!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 5, 2024
in Artikel, Berita, Game
0 0
0
Game Darksiders Baharu Dalam Pembikinan!
Share on FacebookShare on Twitter

Di penghujung ‘THQ Nordic Showcase 2024‘, THQ Nordic telah mengesahkan bahawa game baharu dalam francais Darksiders kini dalam pembikinan oleh Gunfire Games. Malangnya, selain daripada teaser yang anda boleh tonton di bawah, tiada maklumat lain yang telah didedahkan termasuk tajuk rasmi, gameplay, dan tarikh keluaran.

Menurut rumusan daripada PlayStation Blog:

“Bunyi deram-derum yang tidak menyenangkan dari sebuah kamar yang sangat tua. Abu hangus terapung di udara, dimuntahkan oleh lava yang bergelora. Tiga kepala batu yang besar, tiba-tiba terbakar dengan api dari dunia lain. Charred Council bangun, dan meraung satu perkataan serentak: Horseman.”

“Lebih banyak berita akan dikongsi tentang ke mana dunia Darksiders akan pergi tidak lama lagi, tetapi buat masa ini, fahamkan ini ini… Four Horsemen akan menunggang semula.”

Kredit: THQ Nordic

Sejak keluaran Darksiders III pada tahun 2018 dan game spin-off tunggal pada tahun 2019, francais ini nampaknya telah mendiamkan diri tanpa apa-apa projek baharu. Bagi mereka yang tidak tahu, Darksiders ialah francais hack and slash action-adventure, yang berlatarkan di Bumi pasca-apokalips.

Di dunia ini, manusia hampir pupus dan para ‘angel’ berperang melawan gerombolan ‘demon’ untuk mengawal dunia. Antaranya ialah ‘Four Horsemen of the Apocalypse’, pahlawan terakhir dari ‘Nephilim’ yang ditugaskan untuk membawa keseimbangan kepada alam semesta.

Kredit: THQ Nordic

Walaupun ada kemungkinan ini boleh menjadi remaster atau remake ataupun spin-off; secara logiknya THQ Nordic mungkin sedang membuat sekuel Darksiders 4, memandangkan ini yang paling banyak diminta oleh komuniti. Barangkali, naratif pun akan tertumpu kepada watak Strife – salah satu daripada Four Horsemen.

Ini kerana Horsemen yang lain sudahpun menjadi watak utama dalam game masing-masing; War ialah protagonis Darksiders 1, Death ialah protagonis Darksiders 2, dan Fury ialah protagonis Darksiders 3. Ini bermaksud hanya Strife sahaja yang masih belum menerima game utama sendiri.

Kredit: THQ Nordic

Namun, itu semua hanya andaian saya. Harap lebih banyak maklumat akan didedahkan dalam masa terdekat.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Darksiders
ShareTweetSend
Previous Post

KPL Dream Team Menjuarai HoK Invitational Midseason 2024, LGD Gaming MY Menjadi Naib Johan

Next Post

The Last of Us Season 2 Akan Debut Pada 2025 – Teaser Pertama!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
The Last of Us Season 2 Akan Debut Pada 2025 – Teaser Pertama!

The Last of Us Season 2 Akan Debut Pada 2025 - Teaser Pertama!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd