Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game Bola Sepak Baru ‘Rematch’ Lagi Popular Dari EA FC 25, Menurut Data Steam!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 22, 2025
in Artikel, Berita, Beta, PC, PS5, Steam, Sukan/lumba, Xbox Series X|S
0 0
0
Game Bola Sepak Baru ‘Rematch’ Lagi Popular Dari EA FC 25, Menurut Data Steam!
Share on FacebookShare on Twitter

Dunia gaming bola sepak kini menjadi tumpuan hangat dengan kemunculan Rematch — sebuah game bola sepak gaya arked daripada Sloclap, pembangun yang terkenal dengan judul Sifu.

Dalam tempoh Open beta yang berlangsung dari 18 hingga 21 April 2025, Rematch berjaya menarik perhatian ramai dengan mencatatkan jumlah pemain serentak mencecah 133,838 orang di Steam. Angka ini bukan sahaja mengatasi rekod EA Sports FC 25 (110,000 pemain serentak), malah hampir menyamai pencapaian Rocket League (147,632).

Rematch bukan simulator bola sepak biasa. Ia menawarkan gameplay berirama pantas yang sarat dengan aksi dan kemahiran, menyerupai Rocket League, sambil menghormati elemen klasik bola sepak. Pemain mengawal seorang watak dalam perlawanan 4v4 atau 5v5 (dengan mod 3v3 dalam perancangan untuk versi penuh), di mana fokus diberikan kepada dribbling tepat, hantaran berstrategi, dan jaringan gol. Tanpa peraturan seperti ofsaid dan foul, permainan berlangsung dengan pantas.

Kredit: Slocap

Antara kelebihan utama Rematch ialah kawalannya yang intuitif, membolehkan pergerakan kreatif seperti rainbow flick, hantaran berpusing, dan sepakan tepat pada masa. Tidak seperti simulator yang lebih konvensional, Rematch mengutamakan kemahiran individu dan kerja berpasukan, menjadikan setiap perlawanan satu ujian koordinasi dan kecerdasan taktikal.

Perbandingan Populariti: Rematch vs EA FC 25 vs Rocket League

Melihat pada statistik, Rematch jelas mencipta impak besar. Semasa fasa beta sahaja, ia mencapai kemuncak 133,838 pemain serentak di Steam. Sebagai perbandingan, EA FC 25, siri bola sepak simulasi terbaharu daripada EA, pernah mencecah 110,026 pemain serentak sejak pelancarannya pada 27 September 2024. Sementara itu, Rocket League — game gabungan kereta dan bola sepak — mencapai puncak 147,632 pemain kira-kira empat tahun setengah lalu.

Kredit: SteamDB

Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa kedua-dua EA FC 25 dan Rocket League mempunyai komuniti besar di konsol, yang tidak dicerminkan dalam data Steam. Namun begitu, kejayaan Rematch dalam mengatasi dua gergasi ini di Steam semasa fasa beta menunjukkan potensinya untuk menjadi alternatif utama, terutamanya kepada mereka yang mahukan pengalaman bola sepak multiplayer yang lebih segar dan dinamik.

Fasa beta ini hanyalah permulaan. Rematch akan dilancarkan sepenuhnya pada 19 Jun 2025 untuk PC, PlayStation 5, dan Xbox Series X/S, lengkap dengan mod permainan baharu, kandungan bermusim, dan pelbagai item kosmetik — semuanya untuk memastikan pemain terus terlibat dan terhibur.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: EA FC 25Rematch
ShareTweetSend
Previous Post

Attack on Titan Datang Menyerang PUBG Mobile Pada Mei 2025

Next Post

Interviu Diablo IV Season 8 – Kepulangan Belial, Tambahan Gameplay & Kolaborasi Bersama Berserk!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Interviu Diablo IV Season 8 – Kepulangan Belial, Tambahan Gameplay & Kolaborasi Bersama Berserk!

Interviu Diablo IV Season 8 - Kepulangan Belial, Tambahan Gameplay & Kolaborasi Bersama Berserk!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd