Setelah bertahun-tahun pemain PC kena hadap Battle.net untuk main game Blizzard, akhirnya ada alternatif lain yang boleh digunakan tidak lama lagi! Diumumkan secara rasmi oleh Blizzard, mereka akan membawa sebilangan game PC mereka ke platform Steam, bermula dengan game Overwatch 2 pada 10 Ogos ini!

“Adalah matlamat kami di Blizzard untuk mendengar pemain dan cuba melebihi jangkaan mereka dalam semua yang kami lakukan,” kata Mike Ybarra, Presiden Blizzard Entertainment. “Walaupun Battle.net kekal menjadi keutamaan kami sekarang dan pada masa hadapan, kami telah mendengar pemain mahukan Steam untuk game kami, bermula dengan Overwatch 2 pada 10 Ogos. Kami gembira dapat bekerjasama dengan Valve untuk merealisasikannya.”
“Pemain dan pembangun kedua-duanya akan mendapat manfaat daripada Overwatch 2 yang hadir ke Steam,” kata Gabe Newell, presiden Valve. “Pemain akan mempunyai platform lain di mana mereka boleh bermain game kegemaran yang menggunakan keupayaan Steam, dan pembangun akan mendapat manfaat daripada kesan mempunyai pasukan berbakat di Blizzard yang membantu kami mengembangkan ciri dan fungsi yang disokong kami untuk Overwatch 2.”

Pemain Overwatch 2 pada Steam akan mendapat akses kepada ciri-ciri seperti, Steam achievement, senarai kawan dan kebolehan untuk mengajak mereka untuk main bersama. Pasukan Blizzard juga tidak sabar untuk melihat maklum balas mengenai game tersebut apabila ia lancar di platform tersebut.
Anda sudah boleh wishlist game Overwatch 2 di Steam sekarang! Untuk tajuk game lain pula, Blizzard akan mengongsikan berita lanjut mengenainya pada masa akan datang. Jadi kita nantikan sahaja pengumuman tersebut.

Game Blizzard mana yang anda ingin Blizzard masukkan ke Steam? Boleh kongsikan pendapat anda di ruangan komen! Untuk dapatkan berita menarik tentang game daripada kami, boleh klik pautan ini.

@gamersantaimy
Discussion about this post