Kebanyakan game battle royale mempunyai mekanik yang seakan sama dengan terjun ke peta, berlawan antara pasukan dan menjadi pasukan terakhir bertahan. Tapi korang tahu tak, betapa banyaknya game battle royale yang boleh korang main di mobile sekarang? Jom kami kenalkan game battle royale mobile popular dengan lebih lanjut.
PUBG Mobile

Ia merupakan game battle royale percuma yang dibangunkan oleh LightSpeed & Quantum Studio. PUBG Mobile adalah versi mobile kepada PUBG: Battlegrounds dan telah dikeluarkan pada 19 Mac 2018 di Android dan iOS. Buat masa sekarang, PUBG Mobile adalah antara game mobile yang selalu dimainkan sepanjang masa.
PUBG Mobile menawarkan pengubahsuaian watak yang membolehkan anda mengubah reka bentuk muka, warna kulit dan menukar pakaian. Bukan setakat itu sahaja, anda boleh menukar skin senjata dan kelengkapan lain. Korang juga boleh dapatkan banyak pakaian dan kostum yang anda boleh dapatkan.
Apex Legends Mobile

Apex Legends Mobile adalah game battle royale percuma yang baru sahaja dilancarkan secara rasmi pada bulan lalu. Ianya dibangunkan oleh LightSpeed Studio dan Respawn Entertainment. Game ini boleh dimainkan secara solo atau trio.
Berbeza dengan game battle royale lain, anda tidak akan mempunyai watak sendiri tetapi mereka akan memberikan pelbagai watak yang boleh dimainkan. Watak-watak tersebut dilengkapi dengan kuasa yang berlainan dan akan membantu dalam serangan mahupun pertahanan.
Call of Duty Mobile

Game ini adalah game FPS percuma yang mempunyai ciri-ciri battle royale didalamnya. Ia telah dibangunkan oleh TiMi Studio Group dan dilancarkan di seluruh dunia pada 1 Oktober 2019. Game ini mempunyai banyak mode yang boleh dimainkan termasuk mode battle royale.
Kalau korang nak tahu, kebanyakan watak, senjata dan peta adalah diinspirasikan daripada game Call of Duty sebelum ini. Contohnya, dalam mode battle royale, mereka ambil rujukan daripada mode blackout yang tersedia dalam Call of Duty: Black Ops 4 dan Call of Duty: Warzone.
Free Fire

Garena Free Fire atau lebih dikenali sebagai Free Fire adalah game battle royale percuma yang dibangunkan oleh 111dots Studio untuk Android dan iOS. Pada 2019, ia merupakan game mobile yang paling banyak orang download di seluruh dunia.
Buat masa sekarang, mereka telah menyediakan lebih 40 watak untuk digunakan. Setiap watak didatangkan dengan skill yang berbeza dan unik. Jadi, anda mempunyai banyak pilihan untuk bermain watak yang mana satu.
Sausage Man

Ia dibangunkan oleh So Funny Game dan dilancarkan pada 26 Jun 2021. Sausage Man merupakan game battle royale yang mempunyai gaya kartun. Saya rasa hampir semua battle royale mempunyai grafik yang realistik, tetapi Sausage Man menampilkan gaya kartun yang membuatkan pemain rasa lebih seronok.
Dalam game ini, anda akan bermain sebagai sausage. Bukan itu sahaja, anda juga boleh ubah suai pakaian, reaksi muka, warna sosej dan banyak lagi.
New State Mobile

Sebelum ditukar namanya kepada New State Mobile, ramai pemain lebih mengenalinya sebagai PUBG: New State. Ia merupakan game battle royale percuma yang berkonsepkan futuristik. Game ini telah dilancarkan pada 11 November 2021 di Android dan iOS.
Itu sahaja yang kami boleh kongsikan kepada korang kali ini. Jadi, game battle royale mana satu yang anda pilih untuk bermain di mobile? Kongsikan pendapat korang di ruangan komen. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi dari kami.

@gamersantaimy
Discussion about this post