Game battle royale vampire Bloodhunt, telah mendedahkan rakaman gameplay baru di Gamescom pagi ini, sambil mengumumkan tarikh pelepasan versi akses awal pada 7 September 2021.
Berdasarkan dunia Vampire: The Masquerade, kita akan berlawan dengan vampire-vampire lain dari puak berlainan menggunakan pelbagai senjata dan abiliti unik. Menurut peraturan permainan, manusia tidak boleh melihat aktiviti kita, atau anda akan dikenakan hukuman. Sekiranya hanya ada seorang manusia sahaja yang sedang berkeliaran, anda boleh menghisap darahnya untuk mendapatkan semula HP (Health Points). Bloodhunt mendorong pemain untuk bertarung di kawasan yang tinggi seperti bumbung dan sebagainya. Selaku seorang vampire, ini tidak menjadi masalah kerana kita boleh memanjat dengan mudah tanpa apa-apa kecederaan jika terjatuh.

Elemen ini dipamerkan dalam video gameplay terbaru, dan pasti akan akan menjadi daya tarikan untuk permainan supaya ia dapat membezakan diri dengan permainan battle royale lain di pasaran semasa. Berikut adalah rumusan saya daripada artikel lama:
Beberapa puak vampire saling bertarung sesama sendiri di Prague, untuk berjuang demi “nama puak mereka” dalam pertarungan battle royale yang terdiri daripada 45 pemain. Bloodhunt akan dilancarkan bersama mod solo dan trio, menurut pemaju Sharkmob. Walaupun Bloodhunt adalah percuma untuk dimainkan, ia akan menjual kosmetik dalam permainan di mana pemain boleh beli dengan wang sebenar, tetapi Sharkmob berpendapat bahawa mereka tidak akan menawarkan “mekanik pay-to-win”.
Trailer terkini juga menjelaskan lebih lanjut tentang klan Toreador, salah satu puak vampire dalam permainan. Anggota klan Toreador terkenal dengan kecantikan, dan penampilan mereka yang menggoda. Namun, ahli juga amat emosional dan kadang-kala ini boleh mengundangkan masalah semasa membuat keputusan.

Selepas menjalani ujian alpha yang positif, BloodHunt akan dilancarkan di PC pada 7 September secara akses awal. Untuk segala liputan kami tentang acara gamescom 2021, sila tekan pautan ini.
Sumber – Laman web rasmi
@gamersantaimy
Discussion about this post