Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game baru TOMB RAIDER akan dibangunkan pada Unreal Engine 5!

Maira by Maira
April 6, 2022
in Artikel, Berita, Game
0 0
0
Game baru TOMB RAIDER akan dibangunkan pada Unreal Engine 5!
Share on FacebookShare on Twitter

Semasa livestream State of Unreal, pembangun Tomb Raider, Crytal Dynamics telah mendedahkan bahawa francais tersebut akan mendapat game baru yang akan dibangunkan menggunakan Unreal Engine 5. Setelah hampir empat tahun, akhirnya Lara Croft akan kembali dengan pengembaraan baru.

Crystal Dynamics yang membangunkan Marvel’s Avengers, sebelum ini telah berehat daripada francais ini kembali dengan pengumuman mereka di Twitter. Pengumuman tersebut bertujuan untuk memanggil pembangun berpengalaman dengan Unreal Engine untuk sertai pasukan mereka.

Crystal Dynamics is incredibly excited about the future of Unreal and how it will help us take our storytelling to the next level. That's why we're proud to announce that our next #tombraider game is being built on Unreal Engine 5! pic.twitter.com/UFMiWzJAZc

— Tomb Raider (@tombraider) April 5, 2022

“Kami sangat teruja untuk mengumumkan game Tomb Raider seterusnya akan dibangunkan pada Unreal Engine 5,” catatan itu berbunyi. Satu lagi siaran dari akaun rasmi Tomb Raider menyatakan studio itu “sangat teruja dengan masa depan Unreal dan bagaimana ia akan membantu membawa penceritaan kami ke peringkat seterusnya.”

Selepas melancarkan Rise of the Tomb Raider pada 2015, Crystal Dynamics berehat daripada francais Tomb Raider untuk membangunkan Marvel’s Avengers, game adaptasi daripada komik Marvel, Disney. Sejak itu, studio milik Square Enix mengesahkan mereka sedang membangunkan reboot Perfect Dark bersama The Initiative, pasukan original yang membangunkan game tersebut. Nampaknya Crystal Dynamics akan membangunkan Perfect Dark dan game Tomb Raider baru ini secara serentak.

Unreal Engine 5 (UE5) merupakan game engine generasi terkini oleh Epic Games. Kalau anda teringin untuk mencubanya, terdapat alat pembangunan yang baru sahaja dilancarkan, dengan beberapa game dan demo yang dilancarkan oleh Epic. Bukan setakat itu sahaja, enjin baru ini lah yang digunakan oleh Epic dan Warner Bros. untuk mencipta trailer yang boleh dimainkan untuk The Matrix. Demo UE5 untuk The Matrix: Resurrections yang dipanggil The Mtarix Awakens juga telah dilepaskan secara eksklusif pada PS5. Sudah tentu, game Fortnite milik Epic juga berpindah menggunakan enjin baru ini.

Buat masa ini, masih tiada video mahupun trailer untuk game baru Tomb Raider ini. Tetapi kita boleh nantikannya pada masa akan datang. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Tomb Raider daripada kami, sila klik pautan ini.

Sumber: The Gamer

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Tomb RaiderUnreal Engine 5
Previous Post

Tom Clancy’s Rainbow Six Mobile diumumkan untuk Android & iOS, info lanjut bersama Lead Game Designer

Next Post

Trek to Yomi akan keluar pada 5 Mei 2022, gameplay dipamerkan

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Trek to Yomi akan keluar pada 5 Mei 2022, gameplay dipamerkan

Trek to Yomi akan keluar pada 5 Mei 2022, gameplay dipamerkan

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd