Hari ini, NetEase Connect 2023 telah mengumumkan pelbagai game baru, termasuk Once Human – sebuah ‘sandbox survival’ yang berlangsung di dunia apokaliptik, khas untuk PC.
Sinopsis

Selepas pintu misteri terbuka, malapetaka datang ke dunia ini. Tamadun manusia telah jatuh kepada pencerobohan pencemaran Stardust dan maklhluk yang tidak normal. Selama 30 tahun, manusia bergelut untuk terus hidup sehingga… anda bangun. Beberapa orang luar biasa yang dipanggil Metas telah muncul di dunia ini. Anda perlu mengumpul sumber untuk terus hidup, memulihkan tanah yang tercemar oleh Stardust, dan menawan semula tamadun manusia yang dihuni oleh kecacatan.
Gameplay

Anda perlu tabah menghadapi kekejaman alam semula jadi (seperti raksasa dan kekurangan makanan); walau bagaimanapun, pencemaran Stardust juga telah mempengaruhi tanah dan air. Jika pemain makan bahan tercemar dan minum air kotor, ia akan mengurangkan kewarasan anda.
Pada masa yang sama, hadapi raksasa yang dahulu pernah menjadi manusia, dan cabar bos dari dimensi lain untuk mendapatkan barangan hebat dan mengurangkan pencemaran Stardust. Pelbagai senjata dengan kira-kira 100 jenis berbeza tersedia untuk anda kumpul dan buat, jadi manfaatkan apa yang ada untuk dapatkan senjata dan peralatan baharu.
Disebabkan ini game survival, jangan lupa untuk membina rumah anda sendiri. Anda boleh membina rumah berbentuk praktikal untuk menghalang serangan raksasa dan mengembangkannya sehingga ia menjadi bandar. Berbeza daripada game mobile survival lain, anda boleh menempatkan semula rumah/bandar di mana-mana yang anda mahu!
Once Human akan dikeluarkan di PC melalui Steam sekitar Musim Sejuk 2023 (Disember barangkali).
@gamersantaimy
Discussion about this post