Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game action romance SAKURA WARS hadir untuk pemain PS4 hari ini!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 28, 2020
in Anime, Artikel, Berita, PS4
0 0
0
Game action romance SAKURA WARS hadir untuk pemain PS4 hari ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Siri Sakura Wars oleh Sega telah wujud lebih daripada 20 tahun, tetapi daripada enam permainan utama dalam siri, hanya satu sahaja yang telah dilancarkan secara rasmi di luar Jepun, iaitu Sakura Wars: So Long, My Love (2005). Pada hari ini (28 April 2020), game Sakura Wars yang keenam – sebuah reboot yang hanya bertajuk Sakura Wars – akan menjadi yang kedua.

Sakura Wars menggabungkan elemen action RPG dengan gameplay dating simulator/visual novel. Dalam versi alternatif Tokyo ala-ala steampunk pada tahun 1940-an, pemain mengambil peranan sebagai Seijuro Kamiyama, kapten kepada skuad pelakon teater yang juga mempunyai tanggungjawab sebagai pasukan pertahanan utama Jepun. Kelima-lima pelakon teater di dalam pasukan anda akan mengemudi mecha bernama Spiricle Striker dan melindungi Tokyo daripada serangan kuasa jahat.

Selain itu, Sakura Wars mempunyai elemen “adventure“, di mana Kamiyama menerokai kota dan berkomunikasi dengan ahli pasukannya. Hubungan antara ahli dan Kamiyama boleh bertambah baik melalui pilihan dialog yang betul. Hubungan setiap ahli pasukan dan Kamiyama akan mempengaruhi prestasi mereka dalam pertempuran. Jika hubungan anda mesra, mereka akan menerima peningkatan dalam serangan dan pertahanan.

Sega memanggil bantuan ramai artis-artis terkenal untuk menyumbang kepada reka bentuk unik Sakura Wars yang baru, termasuk Tite Kubo (Bleach), Yukiko Horiguchi (K-On!), BUNBUN (Sword Art Online), Fumikane Shimada (Strike Witches), Ken Sugimori ( Pokémon), Noizi Ito (Haruhi Suzumiya), dan Shigenori Soejima (Persona).

Sakura Wars telah keluar hari ini dan eksklusif hanya untuk pelantar PlayStation 4. Di PS Store Malaysia, versi cina untuk Sakura Wars sudah boleh didapati bersama DLC nya tetapi versi global masih tidak kelihatan. Kemungkinan besar versi ini akan dikeluarkan esok, jadi saya mohon semua sabar dahulu ya?

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Dating SimPS4Sakura Warssega
Previous Post

GEAR TACTICS tersedia di STEAM & Microsoft Store hari ini! Pre-load sekarang!

Next Post

LINE Games memulakan pra-pendaftaran Global untuk “EXOS HEROES”!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
LINE Games memulakan pra-pendaftaran Global untuk “EXOS HEROES”!

LINE Games memulakan pra-pendaftaran Global untuk "EXOS HEROES"!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd