Umum ketahui bahawa Hideo Kojima sememangnya sedang bekerja keras untuk Death Stranding, dan pada waktu rehatnya; dia meneruskan tradisinya dengan menunjukkan gambar-gambar yang diambil daripada skrin.
Gambar terkini yang didedahkan sangat menarik kerana ianya menampilkan variasi kelengkapan yang sangat besar yang boleh digunakan oleh watak utama game ini iaitu Sam Bridges. Anda boleh melihatnya sendiri menerusi tweet-tweet dari Hideo sendiri:
Having a break. pic.twitter.com/a5Ur0oebig
— HIDEO_KOJIMA (@HIDEO_KOJIMA_EN) June 24, 2019
So exhausted. pic.twitter.com/QyuOc160fV
— HIDEO_KOJIMA (@HIDEO_KOJIMA_EN) June 27, 2019
breaktime. pic.twitter.com/kkgaDIqlBh
— HIDEO_KOJIMA (@HIDEO_KOJIMA_EN) June 28, 2019
Dapat dilihat daripada 2 Tweet ini adalah command prompt dengan kata “tachiagaru” dan “okiru” yang memiliki makna yang sama dari bahasa Jepun iaitu berdiri. Sama ada ini membawa maksud tertentu ataupun pasukan pembangun game ini akan mengubahnya apabila game ini siap nanti, ianya terbuka untuk spekulasi.
Sangat menarik untuk kita lihat apakah kelengkapan ini bakal memberi kesan kepada kepermainan Sam nanti. Mungkin ianya akan didedahkan apabila Hideo membuat kemunculan di San Diego Comic Con tahun ini?
Death Standing bakal berada di PlayStation 4 pada 8 November nanti.
Sumber: Twinfinite
@gamersantaimy
Discussion about this post