vivo hari ini telah mendedahkan V19 baru di Malaysia. Menampilkan kamera depan super wide-angle 32MP+8MP dan reka bentuk super AMOLED FHD+ Ultra O Screen, V19 menyatukan keupayaan selfie yang luar biasa, teknologi canggih, dan fesyen yang elegan untuk memberikan pengalaman mudah alih yang benar-benar inovatif untuk pengguna.
“Vivo berkomitmen untuk berinovasi, dan V19 mencerminkan pemahaman kami mengenai keperluan pengguna. Dengan teknologi selfie terkemuka di industri, reka bentuk yang indah, dan prestasi yang kuat, V19 sangat sesuai untuk pengguna muda yang mementingkan ciri kamera dan hiburan. V19 adalah telefon pintar yang dirancang untuk melengkapkan gaya hidup pengguna muda.” – Mike Xu, Ketua Pegawai Eksekutif vivo Malaysia.
Teknologi kamera canggih membolehkan Selfie yang cantik
Dua kamera depan V19 yang terdiri daripada kamera utama 32MP dan kamera super wide-angle 8MP membantu pengguna menangkap selfie terbaik tidak kira masa atau tempat. Kamera depan menyokong selfie wide-angle hingga 105 darjah, dengan algoritma AI yang dapat membetulkan masalah sudut lebar antara latar depan dan latar belakang untuk gambar yang autentik dan mempesona. Kamera depan juga dilengkapi dengan Ultra Stable Selfie Video, yang membawa tahap kestabilan baru untuk video selfie wide-angle.
V19 mempunyai kamera AI Quad yang hebat di belakang, dengan kamera utama 48MP, kamera super wide-angle 8MP, kamera makro 2MP, dan kamera bokeh 2MP. Bersama dengan Ultra Stable Video, V19 dilengkapi dengan feature AI gambar dan video, termasuk AI Video Filter, AI Video Editor, dan AI Image Matting untuk penyuntingan profesional namun mudah.
Kamera depan dan belakang dilengkapi dengan mod khas untuk menangkap gambar yang menakjubkan pada waktu malam. Mod Super Night Selfie kamera depan — dengan ciri Layer-Based Beautification, Spatial Merging Denoising, dan Multiple Exposure — membolehkan pengguna mengambil gambar selfie yang jelas dan lawa pada latar belakang malam. Dengan mod Super Night Portrait kamera belakang – dengan ciri Multi-Frame Screening, Temporal Alignment, dan Spatial Merging Denoising – pengguna dapat menangkap foto beresolusi tinggi pada waktu malam.
Paparan dan Reka Bentuk Inovatif untuk Gaya Khusus
V19 menampilkan Super AMOLED FHD+ Ultra O Screen, dibina daripada E3 OLED dan menyokong gamut warna DCI-P3 100%. Kecerahan paparan secara automatik disesuaikan untuk memenuhi tahap cahaya sekeliling dan menyaring cahaya biru 42% lebih banyak daripada E2 OLED untuk mewujudkan pengalaman yang lebih sihat. Dengan rekaan ergonomik 3D, V19 boleh dipegang dengan selesa oleh pengguna manakala Corning Gorilla Glass 6 menawarkan keanggunan dan kecanggihan.
Prestasi Kuat Memperkasakan Penggunaan Sepanjang Hari untuk Pengguna yang Bergerak Laju
Selain daripada memiliki keupayaan selfie dan reka bentuk paling anggun di industri, V19 mempunyai prestasi elit dan kecekapan bateri yang tinggi. Bateri berkapasiti 4500mAh memberikan ketahanan yang tahan lama, manakala teknologi 33W vivo FlashCharge 2 membolehkan pengecasan 0 hingga 54 peratus hanya dalam 30 minit, untuk memudahkan pengguna yang bergerak pantas.
Dikuasakan oleh pemproses Qualcomm Snapdragon 712, V19 mempunyai interface yang pantas dan prestasi analisis terbaik. Untuk menyokong penggunaan tenaga yang tinggi daripada kamera, V19 dibina dengan copper tube liquid cooling, yang menjamin hayat CPU yang lebih lama, prestasi telefon yang lebih dipercayai, dan multitasking yang lancar. V19 dilengkapi dengan 8GB RAM+128GB ROM, membolehkan pengguna menyimpan semua yang mereka perlukan untuk bekerja, berehat, dan bermain.
V19 juga memberikan pengalaman permainan unggul, yang menampilkan Multi-Turbo 3 untuk mengoptimumkan kawalan sentuhan dan kestabilan FPS, serta mod Ultra Game dengan fungsi seperti Fast Screen Capture, Screen Recording, dan Game Vibration.
Spesifikasi Ringkas
Prestasi | Snapdragon 730G |
Storage | 128 GB |
Kamera | 64+8+2+2 MP |
Bateri | 4500 mAh |
Paparan | 6.5″ (16.51 cm) |
Ram | 8 GB |
Harga dan di mana ia tersedia
V19 boleh didapati dalam warna Gleam Black dan Sleek Silver dan akan tersedia di Malaysia pada 25 April 2020 dengan harga RM1,699, di semua platform e-dagang seperti kedai atas talian vivo, Lazada, Shopee dan lain-lain.
Selain itu, vivo Malaysia bersama dengan kedai peralatan elektrik terbesar di Malaysia Senheng dan senQ Digital Station akan menawarkan promosi pra-penjualan eksklusif pada 23 April hingga 25 April. Dengan itu, pelanggan berhak mendapat hadiah dengan pembelian vivo V19 yang termasuk:
- Bluetooth Wireless Headphone eksklusif V19
- 360 Smart AI Ear Bud
- Payung premium V19
- Botol Kaca vivo
- Screen Crack Protection tambahan 1 Tahun
Selain itu, pelanggan juga dapat menerima waranti selama 1 tahun untuk telefon pintar mereka serta dapat menikmati rancangan pembayaran ansuran sehingga 24 bulan dengan interest 0% semasa pra-penjualan eksklusif ini. Pelanggan kini boleh membuat permintaan pra-pesanan untuk vivo V19 di kedai atas talian Senheng atau senQ digital station.
@gamersantaimy
Discussion about this post