Berdasarkan mainan popular dengan nama yang sama, pembangun 10:10 Games mengumumkan bahawa game action adventure four-player co-op, Funko Fusion, akan dilancarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Switch dan PC melalui Steam dan Epic Games Store pada 13 September.
Sempena itu, mereka turut mengeluarkan trailer rasmi yang anda boleh tonton di bawah:
Alami semula filem dan rancangan TV kegemaran anda dalam cara yang serba baharu dalam Funko Fusion—game adventure game empat pemain yang mengumpulkan lebih daripada 60 watak dan dunia ikonik daripada lebih 20 francais popular termasuk Back to the Future, Battlestar Galactica, Chucky, Five Nights at Freddy’s , Hot Fuzz, Invincible, Jaws, Jurassic World, Knight Rider, Masters of the Universe, M3GAN, The Mummy, Nope, Scott Pilgrim vs. The World, Shaun of the Dead, The Thing, The Umbrella Academy, dan blockbuster lain – semuanya dalam bentuk Funko Pop!

Funko Fusion menampilkan berpuluh-puluh watak yang boleh dimainkan dalam bentuk Funko Pop daripada cerita popular NBCUniversal, semuanya direka dengan personaliti dan kebolehan unik mereka sendiri. Bermain dengan sehingga empat pemain dan terokai dunia luar biasa daripada filem dan rancangan TV popular.

Seperti saya kata tadi, ini bukanlah game solo. Pemain harus bekerjasama dengan pemain lain untuk teka-teki dan bertarung melalui dunia luas yang mengimbas kembali detik-detik penting daripada filem dan rancangan popular.

Jika anda mempunyai teman atau ahli keluarga dengan minat yang sama, mainlah bersama-sama dan kongsi minat dalam pengalaman gaming yang menghiburkan ini.
Funko Fusion, akan dilancarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Switch dan PC melalui Steam dan Epic Games Store pada 13 September.
@gamersantaimy
Discussion about this post