Konami telah mengumumkan update menarik untuk Yu-Gi-Oh Early Days Collection dengan memperkenalkan ciri online multiplayer bagi Yu-Gi-Oh! World Championship Tournament 2004 – salah satu daripada 14 game klasik dalam koleksi penuh nostalgia ini.
Tajuk Game Boy Advance ini kini menyertai Yu-Gi-Oh Duel Monsters 4: Battle of Great Duelist sebagai judul kedua dalam kompilasi yang menyokong gameplay online secara global, membolehkan para peminat bertarung secara langsung dengan pemain dari seluruh dunia.
Dibangunkan oleh Digital Eclipse dan diterbitkan oleh Konami, Yu-Gi-Oh Early Days Collection mula dilancarkan pada 27 Februari 2025 untuk Nintendo Switch dan PC melalui Steam sempena ulang tahun ke-25 permainan kad Yu-Gi-Oh! Trading Card Game.
Kompilasi ini menggabungkan 14 game Yu-Gi-Oh! klasik yang asalnya dikeluarkan antara tahun 1998 hingga 2004 untuk Game Boy, Game Boy Color, dan Game Boy Advance.
Beberapa judul turut dilokalkan ke dalam bahasa Inggeris buat pertama kalinya, membuka ruang kepada peminat untuk menikmati era awal versi digital francais ini – termasuk RPG retro, permainan kad strategi, serta spinoff yang menampilkan watak-watak ikonik dari siri anime Yu-Gi-Oh! yang asal.
Bagi meraikan update multiplayer ini, Yu-Gi-Oh Early Days Collection kini ditawarkan dengan diskaun 20% di Nintendo eShop dan Steam – masa terbaik untuk para peminat mengimbas kembali kenangan lama bersama koleksi klasik ini.
Untuk maklumat lanjut mengenai Yu-Gi-Oh Early Days Collection, anda boleh layari laman rasmi atau baca ulasan serta liputan terdahulu kami mengenai koleksi ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post