Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Fullmetal Alchemist Mobile dedahkan gameplay dalam trailer terbaru!

Maira by Maira
March 21, 2022
in Android, Artikel, Berita, Game, iOS, Mobile, Platform
0 0
0
Fullmetal Alchemist Mobile dedahkan gameplay dalam trailer terbaru!
Share on FacebookShare on Twitter

Square Enix telah melepaskan trailer terbaru untuk game mobilenya terbaru iaitu, Fullmetal Alchemist Mobile yang dijangkakan keluar pada musim panas tahun ini. Trailer tersebut telah mendedahkan beberapa klip gameplay dan lagu tema bertajuk “Spiral” yang dinyanyikan oleh Nana Mizuki untuk game itu. Ia akan tersedia untuk platform iOS dan Android.

Buat masa ini, pra-daftar untuk Fullmetal Alchemist Mobile hanya tersedia di Jepun. Malah, ujian beta tertutup juga akan dijalankan pada akhir bulan ini sehingga 8 April 2022. Penyertaan untuk beta ini juga akan dibuka sehingga 22 Mac 2022. Seperti game mobile yang lain, game ini juga percuma untuk dimainkan dan mempunyai pilihan pembelian dalam game.

Untuk anda yang tidak tahu mengenai game ini, ia merupakan adaptasi daripada siri manga popular, “Fullmetal Alchemist” yang dihasilkan oleh Hiromu Arakawa. Siri itu juga telah mendapat adaptasi lain seperti anime, filem dan juga filem live action. Berikut adalah sinopsis Fullmetal Alchemist:

Ahli alkimia adalah individu yang berpengetahuan dan berbakat secara semula jadi yang boleh memanipulasi dan mengubah suai bahan. Namun di sebalik pelbagai kemungkinan, alkimia tidak begitu berkuasa seperti yang dipercayai ramai orang. Transmutasi manusia adalah dilarang sama sekali, dan sesiapa yang mencubanya akan menghadapi akibat yang teruk. Walaupun begitu, adik-beradik Edward dan Alphonse Elric memutuskan untuk mengabaikan pantang larang ini dan menghidupkan semula ibu mereka. Malangnya, bukan sahaja mereka gagal menghidupkannya, mereka juga membayar harga yang sangat tinggi kerana keangkuhan mereka: Edward kehilangan kaki kirinya dan Alphonse seluruh badannya. Tambahan pula, Edward juga menyerahkan lengan kanannya untuk perangkap jiwa adiknya ke dalam perisai besi.

Bertahun-tahun kemudian, ahli alkimia muda ini mengembara ke seluruh negara mencari Philosopher’s Stone, dengan harapan dapat memulihkan badan lama mereka dengan kuasanya. Bagaimanapun, pencarian mereka untuk batu itu juga membawa mereka untuk membongkar rahsia yang jauh lebih gelap daripada apa yang mereka bayangkan.

– MyAnimeList

Masih tiada maklumat lagi jika game mobile ini dikeluarkan untuk versi global. Kita cuma mampu berharap sahaja lah memandangkan ia dikeluarkan oleh Square Enix. Kalau anda ingin mendapatkan liputan lain mengenai game mobile, sila klik pautan ini.

Sumber: Gematsu, ANN

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Fullmetal Alchemist MobileMobilesquare enix
Previous Post

Filem Dragon Ball Super: Super Hero ditunda berikutan insiden “godam” Toei Animation

Next Post

Fortnite buang mekanik membina bangunan dalam mode “battle royale”

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Once Human Version 2.0: Endless Dream Update Akan Membawa Cabaran Ngeri pada 3 Julai
Berita

Once Human Version 2.0: Endless Dream Update Akan Membawa Cabaran Ngeri pada 3 Julai

July 1, 2025
Webtoon Eleceed Diadaptasi Ke Anime, Akan Datang 2026!
Anime

Webtoon Eleceed Diadaptasi Ke Anime, Akan Datang 2026!

July 1, 2025
Interviu RAIDOU Remastered: Pengarah Yamai Kazuyuki Tidak Tolak Harapan Remaster Atau Game Baru
Temuramah

Interviu RAIDOU Remastered: Pengarah Yamai Kazuyuki Tidak Tolak Harapan Remaster Atau Game Baru

July 1, 2025
Next Post
Fortnite buang mekanik membina bangunan dalam mode “battle royale”

Fortnite buang mekanik membina bangunan dalam mode "battle royale"

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd