Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Francais Code Geass umumkan sekuel anime & mobile game baru!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 6, 2020
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Mobile
0 0
0
Francais Code Geass umumkan sekuel anime & mobile game baru!
Share on FacebookShare on Twitter

Syarikat Sunrise mengadakan sebuah siaran langsung Code Geass pada 5 Disember 2020 dan dua projek baru telah diumumkan di sini, sempena ulang tahun ke-15 dan rancangan mereka untuk 10 tahun akan datang. Yang pertama ialah siri anime baru bertajuk Code Geass: Z of the Recapture dan yang kedua adalah game mobile, Code Geass Genesic Re;CODE, yang akan dilancarkan pada musim bunga 2021.

Siri anime Code Geass: Z of the Recapture akan mengambil idea dan watak yang diperkenalkan semasa Lelouch of the Re;surrection, jadi peminat mungkin ingin belajar tentang prekuelnya sebelum siri baru ini keluar. Buat masa ini, tarikh pelepasan masih belum didedahkan.

Ia akan diarahkan oleh Yoshimitsu Ohashi (AMNESIA), Noboru Kimura (Amagami SS+) akan menulis skrip, Takahiro Kimura kembali sebagai pereka watak (berdasarkan reka bentuk asli oleh CLAMP), Astrays sebagai pereka mecha, dan Ichiro Okouchi dan Goro Taniguchi (duo kreatif asli di sebalik francais), akan dikreditkan untuk anime.

Projek kedua bernama Code Geass: Genesic Re:CODE adalah permainan telefon pintar yang menyatukan Lelouch, Akito, dan watak-watak lain daripada projek anime dan membolehkan pemain mengalami pelbagai cerita daripada seluruh francais dengan elemen “role-playing” dan simulasi. Ia memaparkan senario cerita baru dan dinamakan sebagai “sekuel rasmi kepada francais Code Geass.”

Watak-watak permainan yang diumumkan ialah:

  • Shun Horie sebagai Al, seorang budak lelaki yang hilang ingatan.
  • Yūki Takada sebagai Gigi, seorang gadis misteri.
  • Yumiri Hanamori sebagai Archive, seorang pustakawan untuk Memory Library.

Permainan ini dijadualkan akan lancar pada musim bunga 2021.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeCode GeassCode Geass Genesic Re;CODECode Geass: Z of the RecaptureMobile
Previous Post

Filem Monster Hunter dibatalkan di China kerana isu rasisme!

Next Post

Diugut dengan pistol & parang, seorang streamer Twitch diserang di rumah!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Diugut dengan pistol & parang, seorang streamer Twitch diserang di rumah!

Diugut dengan pistol & parang, seorang streamer Twitch diserang di rumah!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd