Pilihan accessibility merupakan antara kebimbangan dalam kalangan pembangun besar dan kecil, tetapi Forza Horizon 5 telah bersedia untuk maju ke hadapan dengan penambahan ciri penterjamahan bahasa isyarat pada skrin. Ini merupakan penambahan pertama dalam dunia permainan AAA.
“Kami sentiasa mendengar komuniti unuk menjadikan Forza Horizon 5 mempunyai pengalaman inklusif untuk semua orang,” jelas pengarah kreatif Playground Games, Mike Brown melalui Xbox Wire baru-baru ini. “Dengan mengambil kira perkara ini, pasukan kami teruja untuk berkongsi bahawa kami sedang mengusahakan sokongan Bahasa Isyarat Amerika (ASL) dan Bahasa Isyarat British (BSL) untuk sinematik di Forza Horizon 5.”
Jurubahasa isyarat Forza Horizon 5 akan muncul sebagai paparan picture-in-picture yang memberikan cara baru untuk mereka yang memiliki masalah pendengaran untuk mengalami jalan cerita permainan seperti pemain lain. Walaupun tarikh pelancaran untuk ciri ini masih belum diberikan, pembangun berjanji ia akan datang ke Forza 5 tidak lama lagi. Kepada sesiapa yang membeli Premium Edition, anda sudah boleh mula bermain permainan ini dan akan tersedia untuk semua pemain pada 9 November.

Rangkaian luas pilihan accessibility Forza Horizon 5 juga akan mempunyai pilihan lain seperti permainan pada kelajuan yang dikurangkan semasa mod luar talian, mod kontras tinggi dan buta warna untuk kebolehlihatan yang lebih baik dan pelbagai tetapan sari kata seperti membesarkan saiz dan highlight kata kunci.
“Dari awal pembangunan Forza Horizon 5, ciri accessibility menjadi keutamaan kepada kami. ” Tambah Brown. “Kami ingin semua orang di dunia ini untuk mengalami permainan yang kami bangunkan dan dengan lebih 400 juta pemain Orang Kelainan Upaya (OKU) di seluruh dunia, ianya penting untuk semua pemain menyesuaikan permainan mereka dengan cara yang paling sesuai untuk mereka.”

Penambahan ciri ini memang antara langkah bijak yang dibuat oleh Playground Games dan berharap akan lebih banyak permainan yang akan mempunyai ciri seperti ini. Ia bukan sahaja memberi sokongan yang baik kepada pemain OKU, malah boleh menambah minat pemain untuk bermain permainan. Apa pendapat anda mengenai ciri ini? Boleh kongsikan pendapat anda di ruangan komen! Jika anda inginkan liputan lain mengenai Forza 5, sila klik pautan ini.
Sumber: Kotaku
@gamersantaimy
Discussion about this post