Percaya atau tidak, mesti ramai yang tak sangka bahawa permainan perlumbaan boleh menjadi permainan terbaik tahun ini. Apabila lihat pada review oleh ramai orang, Forza Horizon 5 nampaknya mempunyai peluang cerah tahun ini.

November sedang berjalan lancar bermaknan semua orang sedang sibuk gaming sepanjang 2021 untuk mennetukan permainan mana yang menjadi kegemaran mereka. Terdapat beberapa permainan lain juga yang merupakan permainan teratas seperti It Takes Two, Ratchet & Clank: Rift Apart dan Metroid Dread.
Jelas sekali terdapat banyak penerbitan dan organisasi yang memberikan anugerah permainan terbaik tahun ini. Pada tahun 2020, The Last Of Us Part 2 (TLOU2) membawa pulang lebih daripada 300 daripada anugerah tersebut. Namun, yang terbesar boleh dikatakan diberikan oleh The Game Awards, salah satu daripada banyak organisasi yang menganugerahkan “Game of The Year” (GOTY) kepada TLOU2 pada tahun 2020. The Game Awards tidak pernah menobatkan permainan perlumbaan GOTY, tetapi tahun ini ia mungkin dilakukan.

Itu semua masih bergantung pada review yang diberikan untuk Forza Horizon 5. Terdapat banyak review yang mencurah-curah memberitahu bahawa permainan itu hebat apabila ia dilancarkan baru-baru ini. Itu yang membuatkan Forza Horizon 5 memdapat penilaian tertinggi tahun ini di OpenCritic dan juga di MetaCritic.
Penilaian Forza 5 pada kedua-dua platform itu ialah 92 dan 91. Sebenarnya terdapat empat tajuk permainan lain yang mempunyai rating lebih tinggu daripada Forza 5 termasuk Series X dan versi PS5 untuk Hades dan Tetris Effect Connected. Keempat-empat permaianan tersebut telah dilancarkan sebelum 2021. Untuk permainan terbaru pula, Psychonauts 2, Chicory: A Colorful Tale, Dusk, dan It Takes Two yang disebutkan di atas adalah pesaing terdekatnya.

Walaupun review untuk Forza 5 masih belum banyak lagi, ada kemungkinan rating tersebut akan turun. Tapi jika lihat pada keadaan nampak macam mustahil. Ia mungkin mengambil beberapa tahun untuk rating permainan ini untuk jatuh. Korang pulak dah cuba ke Forza 5? Adakah korang setuju dengan rating yang diberi oleh para reviewer? Korang boleh dapatkan liputan lanjut mengenai Forza Horizon 5 melalui pautan ini.
Sumber: Thegamer
@gamersantaimy
Discussion about this post