Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Fortnite Musim 10 Tidak Memuaskan

Harapan terlalu tinggi

Jade Ice by Jade Ice
August 25, 2019
in Artikel, Berita, Epic Store, PC, PS4, Xbox One
0 0
0
Fortnite Musim 10 Tidak Memuaskan
Share on FacebookShare on Twitter

Sebelum permulaan musim 10 Fortnite, ramai pemain teruja dengan apa yang bakal dibawakan; antaranya kemasukan semula mercu tanda lama yang disayangi ramai seperti Dusty Depot ke dalam map game yang sentiasa berubah. Apabila musim 10 akhirnya tiba, ia membawa apa yang dijanjikan tetapi ia juga membawa perubahan yang tidak digemari ramai pemain.

Keresahan pemain bermula dengan pembuka tirai bersama Brutes – iaitu robot besar yang ramai pemain merasakan terlalu kuat dan menggangu keseimbangan permainan kompetitif. Setelah banyak bantahan diterima untuk membuangnya, pihak Epic menambahkan “targeting laser” yang membolehkan pemain lebih senang mengelak daripada robot ini disamping mengurangkan kadar respawn mereka dalam mod kompetitif. Epic berkata robot ini akan kekal dalam permainan; walaupun setelah pemain mengatakan perubahan ini tidak mencukupi.

Minggu ini, kemaskini versi 10.10 membawakan barang baru seperti Junk Rift, apabila digunakan; ianya akan menyebabkan barangan seperti perabot, sauh dan triceratops jatuh dari langit. Trailer Junk Rift daripada Epic menunjukkan ia digunakan untuk menentang Brute, mencadangkan ini mungkin satu lagi langkah daripada mereka untuk mengatasi kontroversi Brute.

Tetapi ianya mudah untuk dielak, dan tidak semestinya penyelesaian kepada Brute. Walaubagaimanapun, ianya sangat sesuai digunakan ke atas struktur pemain.

Pemain-pemain elit Fortnite seperto Bugha, TimTheTatMan dan DrLupo baru-baru ini bermain Counter-Strike dalam stream mereka berbanding game rutin iaitu Fortnite. Sesetengah pemain pula, menerusi Reddit kompetitif telah membincangkan tentang kebarangkalian meninggalkan game ini. Ini adalah senario biasa setiap kali Epic membuat perubahan atau penambahan tetapi dalam kontroversi musim 10 dipadankan dengan maklumbalas daripada Epic, ia telah menunjukkan satu trending yang menurun terhadap populariti Fortnite.

Perubahan terkini Epic telah melagakan pemain-pemain dari kumpulan yang berbeza dan semestinya bersama Epic juga. Ramai yang berpendapat musim 10 ini menunjukkan betapa goyahnya game ini.

Apa yang pasti Junk Rift terasa seperti satu sindiran kepada Epic, kerana itu adalah apa yang mereka lakukan iaitu hanya melempar apa sahaja ke dalam Fortnite dan harapkan yang terbaik. Terlalu banyak perubahan yang telah dilalui game ini sehinggakan pemain sudah lali daripada sentimen nostalgia.

Musim 10 masih panjang dan diharapkan ia akan mencapai satu keseimbangan.

Sumber: Kotaku

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: bruteEpicFortnitejunk riftseason 10
Previous Post

Mode 5 Lawan 5 Battlefield V Di Batalkan

Next Post

Antara Game Ninja Terbaik

Jade Ice

Jade Ice

"Bolehlah" gamer. Tak n00b tak expert. Dulu-dulu teras keras punya gamer. Sekarang kids, wife, gaming (in that order). Hantu Final Fantasy, MGS, Kingdom Hearts.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Antara Game Ninja Terbaik

Antara Game Ninja Terbaik

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd