Kini mendahului carta di lebih 84 negara (hingga memecahkan rekod Stranger Things S4 dan Wednesday), siri One Piece live-action oleh Netflix adalah rancangan paling popular buat masa sekarang. Sempena tayangan rasminya, Fortnite telah mengadakan kolaborasi istimewa bersama Netflix untuk mewujudkan lobi istimewa berdasarkan One Piece live-action!
Diumumkan di media sosial dan bersama trailer istimewa, Epic Games mengumumkan bahawa pemain dapat menikmati kandungan One Piece dalam Fortnite. Kandungan ini tersedia dalam bentuk “Pulau istimewa” yang memaparkan easter egg ikonik daripada manga dan anime termasuk kapal Going Merry – kapal pertama milik krew Straw Hats, Baratie – kapal restoran yang dimiliki oleh Zeff dan juga tempat kerja lama Sanji sebelum dia menyertai Luffy, dan banyak lagi.

Daripadas segi gameplay, ini merupakan mode 3V3 PVP dan dimainkan secara Team Deathmatch dan Objective. Secara am, pemain perlu menangkap meriam dan menghancurkan kapal musuh. Siapa yang hancurkan kapal pihak lawan dahulu akan menang.
Untuk mengakses modeini, pemain hanya perlu pergi ke tab Search dan cari One Piece: Straw Hats vs. Marines atau menaip masuk kod 7374-8187-1871. Daripada pengalaman min, waktu giliran masih agak penuh dan jika berjaya masuk, anda mungkin akan menghadapi beberapa isu kerana lobinya yang penuh.

Malangnya, kolaborasi Fortnite x One Piece ini tidak menampilkan skin khas berdasarkan anime atau adaptasi live-action. Sekurang-kurangnya, peminat francais dapat berseronok dalam perlawanan lobi bertema.
Bagi sesiapa yang berminat, Fortnite kini tersedia di Nintendo Switch, PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X, PC dan mobile.
Baru-baru ini, kami sempat pergi ke Jepun untuk menghadiri acara istimewa Netflix One Piece. Untuk membaca tentang pengalaman kami, sila tekan pautan ini.

@gamersantaimy
Discussion about this post