Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Formasi Terbaik Yang Boleh Digunakan Dalam PES 2020

Atau anda ada formasi lain?

Jade Ice by Jade Ice
September 22, 2019
in Artikel, Berita, Bimbingan, PS4, Xbox One
0 0
0
Formasi Terbaik Yang Boleh Digunakan Dalam PES 2020
Share on FacebookShare on Twitter

Dengan menukarkan Pro Evolution Soccer kepada eFootball Pro Evolution Soccer tahun ini, menandakan bahawa Konami ingin memberi fokus kepada game ini sebagai game esport. Ini juga dapat dilihat daripada ciri permainan online yang ada dalam PES 2020.

Berlainan daripada perlawanan offline bersama rakan dimana anda mungkin telah menghafal cara mereka bermain, dalam perlawanan online anda akan berhadapan dengan pemain baru dengan cara permainan berbeza-beza. Untuk itu, anda memerlukan pengetahuan berkenaan formasi.

Anda tidak perlu menghafal kesemua formasi dalam PES, hanya lebih kurang 4 formasi terbaik yang boleh digunakan dalam keadaan yang berlainan.

Formasi 4-3-3 (4-2-1-3 dalam PES 2020)

Formasi ini baik untuk pemain yang gemar menyerang daripada sayap untuk menembusi kotak penalti.

Cara menyerang adalah dengan menggunakan kelebihan pemain sayap untuk menembusi pertahanan lawan dan membuat tendangan terus ataupun membuat hantaran kepada penyerang. Menerusi formasi ini, pemain sayap anda perlu menggunakan keluasan lintang padang sebanyak mungkin di kawasan lawan. Gunakan option “Hug the Touchline” ketika memberi arahan advanced dalam tetapan formasi.

Pertahanan anda pula akan terdedah kepada serangan balas lawan yang datang daripada sayap kerana ketika ini pemain sayap anda berada diluar posisi. Untuk itu anda memerlukan 2 orang pemain tengah yang berfungsi sebagai DMF yang mampu menutup ruang kosong di tengah ini.

Dalam formasi ini anda memerlukan pemain dengan kemahiran dribble yang tinggi, kemahiran bola penghabis dan DMF dengan stamina tinggi.

Formasi 4-2-1-2-1 (4-3-2-1 dalam PES 2020)

Formasi ini pula sesuai untuk pemain yang bermain dengan rentak perlahan. Formasi ini membolehkan bola dibawa ke tempat lawan secara perlahan dengan hantaran pendek sambil memegang bola.

Dalam tetapan, anda boleh menggunakan option “possessive attacking playstyle” dan bina serangan anda menggunakan “low support range” supaya pemain anda tidak bergerak terlalu jauh dari posisi mereka.

Dalam formasi ini, apabila pihak lawan merampas bola; pemain anda akan memberi tekanan kepada pemain lawan sebelum mereka boleh bertindak. Gunakan “aggressive pressuring” dalam tetapan formasi dan tekanan dari barisan serangan untuk memberi tekanan kepada pemain lawan.

Gunakan 2 pemain DMF sedikit ke belakang supaya hantaran belakang dapat dibuat dan meningkatkan peluang untuk menghalang serangan balas lawan.

Apa yang diperlukan dalam formasi ini adalah kesabaran, hantaran pendek dan juga gerakan yang efisyen ketika serangan.

5-3-2 (5-2-1-2 dalam PES 2020)

Sesuai untuk pemain yang mementingkan pertahanan. Walaupun begitu, anda boleh menjaringkan gol dengan meletakkan dua penyerang untuk melakukan serangan balas pantas.

Hantaran jauh adalah cara terbaik membina serangan anda. Anda boleh menetapkan pemain serangan sebagai sasaran ketika melakukan serangan balas.

Tidak perlu banyak usaha untuk bertahan, hanya pastikan anda memberi tekanan kepada pemain lawan dalam ruang yang sempit. Untuk menekan pemain lawan dengan lebih lagi, gunakan 2 DMF untuk memberi tekanan ketika pihak lawan memegang bola.

Keperluan dalam formasi ini adalah 3 orang pertahanan tengah yang kuat, dan seorang penyerang yang kuat dan tinggi untuk menerima hantaran jauh.

4-2-1-3

Ini adalah formasi yang sesuai untuk pemain yang ingin menjadi ahli sukan esport game ini. Ini adalah formasi yang digunakan juara dunia PES iaitu UsMakebyle dan dicipta untuk satu matlamat iaitu menyerang. Fokus formasi ini adalah untuk mengawal 3/4 daripada padang dengan pemain tengah sebelum menghantar bola kepada pemain serangan untuk menjaringkan gol.

Mungkin nampak mudah, tetapi anda perlu pastikan 3 orang pemain tengah adalah pantas dan berkesan. Tetapkan “range of support” serendah mungkin supaya pemain tengah anda sentiasa dalam posisi untuk menerima hantaran.

Penggunaan 3 penyerang mengurangkan keupayaan bertahan. Untuk itu, anda perlu mendapatkan bola daripada lawan sekerap dan sepantas mungkin. Gunakan tetapan “frontline pressure” dan juga “defensive line” sejauh mungkin untuk tidak memberikan ruang terlalu banyak kepada lawan. Harus berhati-hati kerana jika gagal mendapatkan semula bola, pihak lawan boleh menembusi pertahanan anda dengan pantas.

Apa yang diperlukan untuk formasi ini adalah pemain tengah dengan kebolehan hantaran yang tinggi dan pemain serangan dengan kebolehan penghabis yang tinggi. Anda juga memerlukan pasukan yang memiliki kedalaman supaya anda boleh menukar pemain jika diperlukan untuk mengekalkan tahap tekanan.

Sumber: Gamesradar

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: konamiPESPES 2020pro evolution soccer
Previous Post

AGENTS: BIOHUNTERS berkonsepkan Hero 3rd Person Shooter akan membuka Closed Betanya 22 September ini!

Next Post

5 Cheat Garena Free Fire Yang Perlu Di Tamatkan

Jade Ice

Jade Ice

"Bolehlah" gamer. Tak n00b tak expert. Dulu-dulu teras keras punya gamer. Sekarang kids, wife, gaming (in that order). Hantu Final Fantasy, MGS, Kingdom Hearts.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
5 Cheat Garena Free Fire Yang Perlu Di Tamatkan

5 Cheat Garena Free Fire Yang Perlu Di Tamatkan

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd