Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Football Manager 2024 Kini Tersedia Secara Early Access Di PC!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 20, 2023
in Artikel, Berita, Epic Store, PC, Simulator, Steam, Sukan/lumba
0 0
0
Football Manager 2024 Kini Tersedia Secara Early Access Di PC!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, SEGA Asia mengumumkan bahawa game simulasi bola sepak, Football Manager 2024, kini tersedia secara Early Access di Steam dan Epic Games Store. Sesiapa sahaja yang telah pre-order FM24 kini boleh log masuk ke Steam atau Epic dan melancarkan game terus dari pustaka mereka.

Anda boleh menonton video di bawah untuk gambaran lebih umum:

Pembaharuan Umum

Kredit: SEGA Asia

FM24 ialah edisi ke-20 dan paling lengkap dalam siri pengurusan bola sepak oleh Sports Interactive dan SEGA dan membawa banyak ciri-ciri yang lama ditunggu-tunggu, salah satu memindahkan save file daripada FM23. Daripada segi gameplay, banyak pembaharuan lain yang saya cuba ringkaskan di bawah.

Evolusi sukan dipamerkan oleh pelbagai perubahan pada hari Matchday yang mendekatkan peminat kepada pengalaman taktikal sukan ini. Cara posisi pintar di atas padang dan peranan Inverted Full-Back juga memberi lebih banyak ruang untuk bereksperimen, manakala setiap perlawanan telah bertambah berkat animasi pergerakan pemain, fizik bola dan pencahayaan lebih tulen.

Kredit: SEGA Asia

Set Piece Coach juga membuat penampilan sulung dan membantu memperkasakan Set Piece Creator yang memberikan cara baharu dan intuitif untuk mencipta rutin yang mampu memenangi perlawanan dalam setiap senario.

Di bahagian lain, pembaikan kepada “pengambilan pemain” oleh pengurus musuh dan kewangan dalam game meningkatkan cabaran dan dinamik setiap kerjaya. Pengenalan “Intermediaries” dan fungsi untuk Agent pula memberikan lebih banyak alat kepada pemain untuk menjual pemain.

Kredit: SEGA Asia

Pemain turut boleh memberi inspirasi kepada pemain mereka dengan menetapkan Target untuk meningkatkan prestasi mereka. Di samping itu, mereka juga akan mendapat manfaat daripada interaksi yang lebih realistik dengan skuad mereka dan pasukan di sebalik tabir.

Notis Penting

Kredit: SEGA Asia

Early Access ialah versi FM24 yang hampir siap (tetapi bukan lengkap), jadi pemain mungkin menghadapi beberapa ralat dan isu semasa bermain. Ini boleh dilaporkan terus kepada pasukan Sports Interactive melalui butang ‘Report Bug’ pada sidebar dalam game. Online play juga didayakan, tetapi tiada akses kepada Steam Workshop atau pre-game/in-game editor sehingga keluaran rasmi permainan.

Versi Early Access juga mengandungi maklumat yang masih dalam proses kelulusan oleh pemegang hak dan mungkin mengandungi data yang tidak menggambarkan data dunia sebenar dengan tepat. Untuk konteks, beberapa kelab dan aset pemain mungkin tidak ada semasa Early Access.


Jika belum pre-order, masih belum terlambat – sesiapa sahaja yang pre-order Football Manager 2024 di PC atau Mac akan mendapat diskaun 10% dan membuka Early Access.

Baca segala liputan kami tentang game ini di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Early AccessFootball Manager 2024PC
ShareTweetSend
Previous Post

Acara Khas Halloween Bakal Hadir ke Pokemon Sleep! Bermula 30 Oktober Ini!

Next Post

“Ingin Membuat Pemain Terasa Lebih Terancam Dalam Game” – Interview STALKER 2 [gamescom asia 2023]

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
“Ingin Membuat Pemain Terasa Lebih Terancam Dalam Game” – Interview STALKER 2 [gamescom asia 2023]

"Ingin Membuat Pemain Terasa Lebih Terancam Dalam Game" - Interview STALKER 2 [gamescom asia 2023]

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd