Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Football Manager 2024 akan tiba hujung tahun 2023! Diberi FREE untuk platform tertentu!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 13, 2023
in Android, Artikel, Berita, Epic Store, iOS, Microsoft, Mobile, Nintendo Switch, PC, PC Game Pass, PS5, Simulator, Steam, Sukan/lumba, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Football Manager 2024 akan tiba hujung tahun 2023! Diberi FREE untuk platform tertentu!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, SEGA dan Sports Interactive telah mengumumkan bahawa Football Manager 2024 akan dilancarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series, Xbox One, Switch, PC, iOS dan Android pada 6 November. Seperti saya kata di tajuk, game ini akan tersedia secara percuma di beberapa platform tertentu termasuk di Xbox Game Pass dan Netflix.

Info adalah seperti berikut:

  • Football Manager 2024 (PC [Steam, Epic Games Store, Microsoft Store], PC Game Pass)
  • Football Manager 2024 Console (PS5, Xbox Series, Xbox One, PC [Microsoft Store], Xbox Game Pass)
  • Football Manager 2024 Mobile (iOS and Android [eksklusif di Netflix])
  • Football Manager 2024 Touch (Switch)

Pre-order tersedia sekarang dan termasuk diskaun 10% untuk PlayStation 5 (pelanggan PlayStation Plus sahaja), Xbox Series, Xbox One dan PC. Pre-order untuk PC akan termasuk dua minggu akses awal kepada game tersebut.

Kredit: SEGA

Gameplay umum

Bagi mereka yang tidak tahu, Football Manager 2024 (disingkatkan secara rasmi sebagai FM24) ialah game simulasi pengurusan bola sepak yang popular. Secara ringkas, anda akan main sebagai Pengurus Kelab Bola Sepak terkenal dan ia terserah kepada anda untuk membina pasukan yang mampu menjulang trofi.

Setiap taktik yang tersedia dalam game, semuanya ditentukan oleh anda. Sama ada anda ialah seorang pengurus yang ingin mengejar kejayaan segera atau lebih suka membina kelab dari bawah dan menghadapi cabaran lebih sukar, itu terpulang kepada pemain.

Kredit: SEGA

Berikut adalah sorotan utama tentang FM24 seperti yang disenaraikan oleh SEGA:

  • Cipta kisah sendiri semasa anda melangkah ke atas padang bersama kelab terbesar di dunia. Mulakan perjalanan baharu ke puncak atau gunakan ciri keserasian daripada save game FM23 untuk memajukan kerjaya.
  • Pilih taktik yang menjaminkan kemenangan, menggunakan pendekatan paling popular dan canggih daripada bola sepak moden atau cipta falsafah kemenangan sendiri.
  • Pasukan impian anda sedang menunggu, jadi maksimumkan kemahiran scouting dan pangkalan data Football Manager untuk merekrut nama terbesar dan bintang masa depan.
  • Bangunkan generasi akan datang di padang latihan, menggunakan alat baharu untuk mengembangkan Wonderkids daripada prospek kepada bakat bertaraf dunia.
  • Buat perubahan penting yang boleh mengubah rentak permainan sambil anda melihat pemain bersaing semasa hari perlawanan.
  • Bermain melawan rakan-rakan dalam salah satu daripada tiga mode online—Versus, Fantasy Draft dan Online Career.
Kredit: SEGA

Untuk membaca segala liputan kami tentang Football Manager, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: football managerFootball Manager 2024
ShareTweetSend
Previous Post

Demon Slayer -Kimetsu no Yaiba- Sweep the Board! Diumumkan, Bakal Hadir ke Switch pada 2024!

Next Post

SEGA Autumn Sale untuk PS4 & PS5 – Diskaun besar untuk game Sonic, Persona, Yakuza & Banyak Lagi!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
SEGA Autumn Sale untuk PS4 & PS5 – Diskaun besar untuk game Sonic, Persona, Yakuza & Banyak Lagi!

SEGA Autumn Sale untuk PS4 & PS5 - Diskaun besar untuk game Sonic, Persona, Yakuza & Banyak Lagi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd