SEGA telah mengumumkan akses awal ujian beta untuk game terbaru mereka iaitu Football Manager 2023 (FM23). Akses awal kini tersedia melalui Steam dan Epic Games Store.
Menurut SEGA, kepada mereka yang telah pra-beli FM23 daripada kedai digital SEGA yang sah. Mereka boleh log masuk ke Steam atau Epic dan terus bermain game tersebut. Tetapi untuk yang belum membuat pembelian, jangan risau kerana masih belum terlambat untuk anda pra-beli sekarang. Sesiapa yang pra-beli FM23 di PC dan Mac melalui kedai digital SEGA yang sah sebelum tarikh pelancaran penuh 8 November ini akan mendapat potongan harga sebanyak 20%.

Akses awal beta ini masih belum sempurna jadi pemain mungkin akan menghadap bug dan masalah ketika bermain. Anda boleh membuat laporan terus ke pasukan Sports Interactive melalui butang “Report Bug” di bar sisi in-game.

FM23 menyediakan cara baru yang lebih bijak untuk pengurus membuat tanda mereka dan membawa pasukan mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Pengurus akan melihat pemain mereka berusaha sedaya upaya dengan menggunakan teknologi AI yang lebih realistik. Dengan penambahbaikan dalam membuat keputusan menjadikan mereka lebih bijak, responsif dan seperti mencerminkan pengurus pasukan bola di dunia sebenar.
Animasi baru dan upgrade role telah digabungkan untuk memberi aksi atas padang yang lebih asli daripada sebelum ini. Ia juga disokong dengan arahan taktikal yang mencerminkan game ini seperti bola sepak zaman sekarang.

Football Manager 2023 juga hadir dengan Squad Planner dan Experience Matrix yang baru untuk menaik taraf mod Recruitment. Hal ini dapat memudahkan pemain untuk membuat keputusan dalam membina pasukan yang layak dipanggil juara.

Peminat juga merupakan aset penting dalam game moden yang ditunjuk melalui sistem Supporter Confidence yang baru. Sistem ini akan menunjukkan data untuk setiap fanbase kelab dan jangkaan peminat dalam tempoh yang pendek atau panjang. Ini kerana menjaga kedua-dua hati peminat dan orang atasan adalah amat penting bagi memastikan masa depan kelab anda.

Untuk pengetahuan anda, Football Manager 2023 adalah game di mana anda akan menjadi pengurus pasukan bola sepak dan bertanding untuk memastikan pasukan anda berjaya menjadi kelab yang terbaik.
Anda boleh pra-beli Football Manager 2023 menerusi Steam atau Epic Games Store dengan potongan harga sebanyak 20% sebelum hari pelancaran pada 8 November ini. FM 2023 juga tersedia untuk pelbagai platorm seperti PS5, Xbox One, Xbox Series X|S, iOS, macOS, Nintendo Switch dan banyak lagi.
Jika anda ingin banyak lagi berita tentang game, anime dan pelbagai lagi, sila ikuti Gamer Santai.
@gamersantaimy
Discussion about this post