Vivo sudah announce susulan kepada henfon diorang Nex, iaitu Nex Dual Display Edition. In the sense of the word; dual display yang memang dia maksudnya ada 2 display. Teruskan membaca.
Design basically sama, tapi takde display notch. Nex yang asal ada popup selfie kamera, tapi yang edisi dual display ni tak perlukannya. Kau tau sebab apa kan, sebab dual display tu la. Dia terus display frame kat belakang fon tu, so korang boleh guna back camera yang sama. Smart tak?
Dengan kamera utama 12-megapixel dengan dibekap kamera 2-megapixel, ada gak lens f/1.3 yang digandingkan dengan time of flight (TOF) 3D module. Vivo cakap kamera TOF 3D ni boleh buat point-to-point distance measuring dan boleh unlock rear display guna facial recognition dengan selamat.
Belakang fon ni gak ada Lunar Ring, dimana ia boleh jadi lighting masa selfie; menyala untuk notification ataupun berkelip-kelip ikut lagu yang korang pasang. Skrin depan 6.4 inci 2340×1080, belakang 5.5 inci 16:9 1080p. Display belakang pun leh guna untuk guna fon ni macam biasa. Dua-dua OLED dan ada in-display fingerprint scanner.
Antara contoh kegunaan dual display ni selain dari untuk selfie; boleh jadi touchpad untuk gaming, dua orang depan belakang boleh tengok serentak gambar yang akan diambil dan yang paling ntahpape; orang kat belakang leh scribble orang depan nampak. Contohnya awek kau scribble heart ko nampak kat depan. Awwwwwwwwwww….
OK sekarang sembang spec. SD 845, 10GB RAM, 128GB Storage. Bateri 3500mAh. Fast charging 10V, USB-C dan 3.5mm jack (win).
Vivo Nex Dual Display Edition dah announce harga kat China; 4998 Yuan/USD$725/MYR3,000.
@gamersantaimy
Discussion about this post