Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Firewall Ultra pamer gameplay PS VR2, akan keluar pada 24 Ogos!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 20, 2023
in Artikel, Berita, Shooter, VR
0 0
0
Firewall Ultra pamer gameplay PS VR2, akan keluar pada 24 Ogos!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, First Contact Entertainment secara rasmi mengumumkan bahawa Firewall Ultra, game VR terbaru dalam francais Firewall, akan dilancarkan pada 24 Ogos 2023. Bukan itu sahaja, sesiapa yang berminat juga boleh pre-order game ini bermula sekarang.

Sempena itu, mereka mengeluarkan video gameplay khas yang menunjukkan elemen PvP:

Gameplay

Kredit: PlayStation

Bagi mereka yang tidak tahu, Firewall Ultra ialah sekuel terbaru kepada Firewall Zero Hour, sebuah game shooter popular untuk PS VR pada 2018. Dalam mode PvP utama (bernama Contracts) dua pasukan yang terdiri daripada empat ahli akan menentang satu sama lain dalam perlawanan “best-of-3”.

Kredit: PlayStation

Dalam setiap perlawanan, pasukan defensif mesti melindungi komputer riba yang penuh dengan intel rahsia menggunakan pelbagai alat dan senjata manakala pasukan ofensif cuba melepasi titik keselamatan dan menggodam komputer riba itu. Alat yang pemain boleh guna termasuk “proximity mine” yang boleh anda letakkan di lokasi tersorok untuk menangkap penyerang secara mengejut, “door blocker” untuk mengukuhkan kedudukan anda dan banyak lagi. Pasukan ofensif perlu berhati-hati dan bekerja sebagai satu pasukan untuk memperoleh intel sebelum masa tamat.

Firewall Ultra turut akan menampilkan mode player-versus-environment (PvE) di mana anda dan rakan sehingga tiga orang dapat menghadapi AI musuh dalam satu peta khusus.

Kelebihan bermain di PS VR2?

Kredit: PlayStation

Firewall Ultra memanfaatkan ciri-ciri PS VR2 untuk memberi pengalaman FPS yang menarik dan mengasyikkan dalam format VR.

Sebagai contoh, anda boleh menutup mata secara fizikal untuk mengelakkan cahaya flashlight yang menyilaukan. Anda juga boleh menutup sebelah mata semasa membidik dengan senjata supaya pandangan menjadi lebih tepat dan jelas.

Kredit: PlayStation

Pengesanan sentuhan jari dan “adaptive trigger” meningkatkan lagi elemen imersif. Contohnya, pengalaman menembak pistol amat berbeza daripada menembak sniper rifle dan shotgun kerana masing-masing memiliki rintangan sendiri semasa menarik picu. Pada masa yang sama, anda juga boleh membuat isyarat tangan dan arahan yang realistik kepada ahli pasukan untuk memberi gambaran realisme taktikal dan interaktiviti yang lebih baik.

Info pre-order

Kredit: PlayStation

Anda boleh pre-order:

  • Firewall Ultra edisi Standard (RM169)
  • Firewall Ultra edisi Digital Deluxe (RM249)

Apabila pre-order Firewall Ultra sebelum pelancaran, anda akan mendapat akses kepada salah satu senjata legendary iaitu: Reaper X75. Untuk kedua-dua Edisi Standard dan Digital Deluxe.

Bagi mereka yang membeli Edisi Digital Deluxe, anda akan unlock empat “contractor” lebih awal (Meiko, Skip, Fang dan Node) yang merangkumi skil unik mereka serta pakaian alternatif untuk setiap contractor. Edisi Digital Deluxe juga menyertakan empat camo senjata dan akses Operation Pass selepas pelancaran rasmi Firewall Ultra.


Sekali lagi saya ingatkan, Firewall Ultra akan dilancarkan pada 24 Ogos 2023 untuk PS VR2. Pre-order dibuka sekarang dan boleh dibuat melalui PS Store.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Firewall UltraPS VR2vr
ShareTweetSend
Previous Post

3 game Yakuza bakal meninggalkan PlayStation Plus Games Catalogue tidak lama lagi!

Next Post

“MAPPA Dikenali Sebab Yuri On Ice” — Peminat Anime Tidak Berpuas Hati Dengan CEO MAPPA!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
“MAPPA Dikenali Sebab Yuri On Ice” — Peminat Anime Tidak Berpuas Hati Dengan CEO MAPPA!

"MAPPA Dikenali Sebab Yuri On Ice" -- Peminat Anime Tidak Berpuas Hati Dengan CEO MAPPA!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd