Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Fire Force Season 3 Akan Datang April 2025, Merupakan Finale!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 8, 2024
in Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Fire Force Season 3 Akan Datang April 2025, Merupakan Finale!
Share on FacebookShare on Twitter

RASMI! Selepas hampir 4 tahun mendiamkan diri, Fire Force Season 3 sah akan disiarkan pada tahun depan, dan juga berfungsi sebagai musim finale!

Fire Force Season 3 adalah musim terakhir untuk keseluruhan anime, dan akan dibahagikan kepada dua Cour (bahagian). Part 1 akan bermula pada April 2025 manakala anime akan kembali untuk Part 2 pada Januari 2026. Untuk meraikan pengumuman ini, pihak produksi turut memuat naik trailer pertama dan poster rasmi untuk Season 3:

Anime Fire Force Season 3 asalnya diumumkan dalam produksi pada tahun 2022, dan walaupun ada beberapa maklumat yang didedahkan sejak itu, tidak banyak yang diketahui tentang perkembangan terkini.

Malah, adaptasi manga original pun telah tamat, yang bermakna bahawa anime mempunyai rancangan dan pandangan yang jelas kepada naratif dan penamat. Memandangkan Season 2 tamat pada Stigma arc, jalan yang yang paling jelas adalah Ōbi’s Rescue arc sebagai permulaan Season 3.

Kredit: © 大久保篤・講談社/特殊消防隊動画広報課

Tentang Siri Ini

Kredit: © 大久保篤・講談社/特殊消防隊動画広報課

Fire Force adalah siri manga yang ditulis dan diilustrasikan oleh Atsushi Ohkubo. Ia telah disirikan dalam Weekly Shōnen Magazine terbitan Kodansha dari September 2015 hingga Februari 2022, di mana babnya dikumpulkan dalam 34 jilid tankōbon.

Selepas menerima respons yang positif di kalangan peminat, siri adaptasi anime dihasilkan oleh David Production lalu disiarkan pada Julai 2019, diikuti oleh musim kedua pada Julai 2020. Selepas menunggu sekian lama, akhirnya peminat dapat melihat kesimpulan kepada siri ini.

Sinopsis:

Kredit: © 大久保篤・講談社/特殊消防隊動画広報課

“Tokyo sedang merana, di mana rakyat tiba-tiba terbakar dan meletup secara rawak di seluruh bandar! Yang bertanggungjawab untuk memadamkan neraka ini ialah Fire Force, dan Shinra bersedia untuk menyertai perjuangan mereka.”

“Kini, sebagai sebahagian daripada Company 8,, dia akan menggunakan jejak kaki syaitannya untuk membantu menjaga bandar daripada menjadi abu! Tetapi masa lalunya dan rahsia yang membara di sebalik tabir mungkin akan membakar segala-galanya.”

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeFire Force
ShareTweetSend
Previous Post

‘Omniscient Reader’s Viewpoint’ Dapat Adaptasi Anime

Next Post

Snowbreak: Containment Zone “Semakin Lucah”, Studio Tidak Peduli Kata Netizen

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Snowbreak: Containment Zone “Semakin Lucah”, Studio Tidak Peduli Kata Netizen

Snowbreak: Containment Zone "Semakin Lucah", Studio Tidak Peduli Kata Netizen

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd