Di sebalik melihat wakil pasukan Malaysia yang dapat ke PMWL Season Zero Final nanti, kita dapat melihat bahawa PUBG Mobile baru sahaja dikemaskini dengan acara terbaru bermula kelmarin! Yang menariknya bermula minggu lalu, beberapa hint telah dikeluarkan bahawa terdapat unsur-unsur firaun yang akan hadir sehinggalah bermula minggu ini acara ini telah dibuka yang diberi nama mod Ancient Secret! Bukan setakat acara baru ini, terdapat juga mod baru dalam Arena!
Mod Ancient Secret ini boleh dipilih di map Erangle atau Miramar. Dalam masa yang sama terdapat misi RP minggu ke-4 yang memerlukan pemain untuk selesaikan teka-teki di acara ini. Di dalam kedua map ini akan terdapat bangunan kuil peninggalan ala-ala di mesir yang ada di tanah dan juga terapung di langit. Yang terapung di langit mempunyai waktu terhad untuk meneruskan misi. Bangunan ala-ala rumah firaun ini adalah dua tingkat dan terdapat Mummy yang perlu ditewaskan untuk mendapatkan ganjaran senjata yang hebat.
Manakala yang kuil di tanah yang pemain boleh lihat ianya spawn di beberapa kawasan, anda boleh lihat tanda kuning di map anda. Terdapat pelbagai jenis teka-teki yang perlu diselesaikan (semua senang-senang beb!) dan dapatkan ganjaran dari kotak emas yang tersedia~
Beserta acara ini, pemain juga akan membuka kunci untuk Golden Pharaoh X-Suit Outfit. Bergabung dengan pakaian yang luar biasa dan nampak gah ini akan terdiri daripada empat kostum yang disebut Warrior of Ra, Warrior of Nut, Underworld Guide dan Mummy. Kostum ini juga boleh ditingkatkan dengan enam tahap untuk mengubah penampilan, mendapatkan emotes dan banyak lagi.
Setiap pakaian ini akan mempunyai Treasure Crate yang unik kepada mereka. Ini kemudian dapat dibuka untuk ganjaran tambahan. Antaranya ialah Koin Firaun (Pharaoh Coins) yang boleh ditukar dengan pakaian dan bahan lain untuk menaik taraf Golden Pharaoh X-Suit.
Bukan setakat acara Firaun ini, kalau anda perasan bermula minggu lalu terdapat sebuah map baru yang menggunakan ciri mod baru dalam Arena! Okay, anda boleh ke Arena dan tekan kepada Mod Team Gun Game. Tetapi mod ini hanya akan dibuka pada hujung minggu iaitu Jumaat – Ahad. Permainan ini adalah 4vs4 dan akan spawn senjata yang random tetapi hanya jika pemain mendapat kill ianya akan ditukar! Dan jika salah satu pemain capai kill tertinggi, ultimate kill adalah PAN untuk kemenangan!
Team Gun Game adalah sebuah map terbaru, sebuah map dalam bangunan dan merupakan Perpustakaan! Eh Library laah untuk namanya. Dengan bentuk simetri, pemain dapat berlegar dikawasan, memanjat serta ada lubang masuk tersorok di sebalik rak buku. Jadi “backstab” lah pihak lawan!
Jadi jom lah meriahkan acara ni bersama geng-geng clan korang! Syiok weh!

@gamersantaimy
Discussion about this post