Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Final Fantasy XVI tidak akan ada di Tokyo Game Show 2021 walaupun telah hampir siap!

Rakaman suara Bahasa Inggeris dan senario cerita telah hampir siap, serta pembangunan game juga berjalan dengan lancar

Amir Haziq by Amir Haziq
July 12, 2021
in ARPG, Artikel, Berita, Fighting, Genre, Platform, PS5, Real time strategy
0 0
0
Final Fantasy XVI tidak akan ada di Tokyo Game Show 2021 walaupun telah hampir siap!
Share on FacebookShare on Twitter

Semasa acara Final Fantasy XVI Live Letter yang lalu, penerbit Naoki Yoshida telah mengumumkan beberapa kemaskini mengenai game yang sangat dinanti-nantikan peminat, seperti senario cerita utama dan suara Bahasa Inggeris telah hampir siap direkodkan sepenuhnya. Namun, beliau juga mengumumkan game ini tidak akan dibawa untuk Tokyo Game Show 2021, yang berlangsung bermula 30 September sehingga 3 Oktober.

FINAL FANTASY 16 UPDATES FROM YOSHI-P

-Voice recording for the ENGLISH version is almost complete
-All scenarios set in stone
-Development going well, but they might not be able to show it at TGS
-He wants to show it at utmost quality so people can watch and think "INSTANT BUY!" pic.twitter.com/YrL5ktKeDp

— ☆オードリーAudrey☆ (@aitaikimochi) July 10, 2021

Maklumat ini berasal dari terjemahan melalui saluran Discord  r/FFXIV perbualan antara Yoshida-san dan pengarah Nier, iaitu Yoko Taro semasa siaran berlangsung. Isi terjemahan perbualan Yoshida-san telah dimuat naik ke akaun Twitter milik Aitakimochi yang menyatakan proses rakaman suara Bahasa Inggeris untuk Final Fantasy XVI hampir siap dan senario game telah disiapkan. Pembangunan game buat masa ini berjalan dengan lancar, tetapi ia tidak akan hadir semasa acara TGS 2021. Beliau juga menyatakan bahawa mereka mahu memberikan kualiti terbaik sehingga orang akan melihatnya dan terus beli game tersebut.

Pasukan pembangun Square Enix, dan Creative Business Unit III yang mengusahakan Final Fantasy XIV juga sedang menghasilkan entri terbaru untuk francais RPG ikonik yang akan datang ke PlayStation 5. Malah, Yoshida-san masih lagi menjadi pengarah untuk FFXIV sambil mengambil peranan sebagai produser utama projek terbaru mereka.

Selain itu, Final Fantasy 16 telah diumumkan secara rasmi semasa acara PS5 pada September 2020 sebagai game eksklusif PlayStation. Pada penghujung tahun 2020 pula, halaman pengambilan Square Enix telah berkongsikan bahawa game ini telah selesai di peringkat pengembangan asas.

Buat masa ini, kita hanya dimaklumkan yang Final Fantasy XVI tidak akan ada semasa acara TGS 2021 pada September nanti. Malah, mereka juga tidak menyatakan tarikh rasmi untuk pelancaran Final Fantasy 16. Jadi, kita perlu tunggu buat sementara waktu untuk melihat berita terbaru dari Square Enix akan datang. Untuk membaca segala liputan kami mengenai Final Fantasy, anda boleh tekan sahaja pada pautan ini.

 

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Final Fantasy XVINaoki YoshidaYoko Taro
Previous Post

Sebab-sebab mengapa hero Shonen tidak patut ada anak!

Next Post

Masyuk! Terus jadi jutawan lepas jual Super Mario 64 dengan harga RM6.54 juta!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Masyuk! Terus jadi jutawan lepas jual Super Mario 64 dengan harga RM6.54 juta!

Masyuk! Terus jadi jutawan lepas jual Super Mario 64 dengan harga RM6.54 juta!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd