Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Final Fantasy XVI DLC “The Rising Tide” Bakal Lancar Pada 18 April 2024! Eikon Leviathan Akhirnya Muncul!

Maira by Maira
March 25, 2024
in Artikel, Berita, DLC, DLC berbayar, Game
0 0
0
Final Fantasy XVI DLC “The Rising Tide” Bakal Lancar Pada 18 April 2024! Eikon Leviathan Akhirnya Muncul!

Sumber: Square Enix

Share on FacebookShare on Twitter

DLC kedua Final Fantasy XVI yang diumumkan pada tahun lalu, “The Rising Tide” akhirnya mempunyai tarikh pelancaran rasmi! Akan memperkenalkan Eikon baharu, DLC ini akan tersedia pada 18 April ini di PlayStation Store. Kalau anda sudah membeli Expansion Pass, DLC ini akan tersedia serta merta untuk anda muat turun dan main. Anda juga boleh membelinya secara individu. Buat masa ini harganya masih belum diumumkan.

Pengenalan The Rising Tide

Apabila sepucuk surat tiba di hideaway dengan permintaan misteri: Dominant Leviathan memerlukan bantuan, Clive dan temannya memulakan perjalanan ke Mysidia, kawasan tersembunyi di sebalik langit biru. Di situ jgua mereka menemui sejarah tragis tentang mereka yang dilupakan.

Set kebolehan baharu Eikonic Leviathan

Level cap pemain akan dinaikkan sehingga level 60 dalam Story Focused Mode dan Action Focused Mode atau level 110 dalam Final Fantasy Mode (New Game+), semasa perjalanan Clive di Mysidia. Dia juga akan menerima Eikonic Abilities Leviathan.

Sumber: Square Enix

Set kebolehan baru ini membenarkan anda untuk menenangkan ombak dan melemaskan musuh berdekatan dan jauh dengan kuasa Eikon Air ini. Anda juga akan diperkenalkan kepada Eikonic Feat baharu iaitu Serpent’s Cry, yang membolehkan Clive untuk menyeru ular air untuk memberikan serangan tepat pada musuh!

Sumber: Square Enix

Lokasi dan ancaman baharu

Alami side story baru untuk mengenali kawasan dan penduduk Mysidia, di mana anda akan bertemu dengan ancaman baharu termasuklah tonberry Final Fantasy XVI yang boleh dijumpai di stage baharu “Aire of Hours”.

Sumber: Square Enix

Kairos Gate — Kandungan endgame baharu

Final Fantasy XVI The Rising Tide memperkenalkan mode baharu yang akan tersedia apabila anda selesaikan DLC ini dan senario utama game. Pemain akan masuk ke underworld maya untuk mengalahkan gelombang-gelombang musuh yang hadir. Dengan kekuatan dan strategi yang betul, Clive akan boleh selamat dalam Kairos Gate dan muncul dengan harta yang banyak.

Sumber: Square Enix

Lalui 20 stage yang semakin susah, maksimumkan prestasi battle untuk dapatkan point dan cari material dan senjata baharu untuk upgrade. Mata pemain turut dipaparkan melalui leaderboard global.

Bonus istimewa

Buat anda yang membeli The Rising Tide atau Expansion Pass, anda boleh menerima item bonus seperti berikut:

  • Versi baharu “Curtana”, senjata yang digunakan oleh Warrior of Light dalam Final Fantasy XIV.
  • Muzik “Torn from the Heavens” dan “Through the Maelstrom” boleh dimainkan sebagai muzik latar di hideaway
Sumber: Square Enix

Final Fantasy XVI tersedia di PS5 sekarang. Versi PC game masih dibangunkan oleh Square Enix. Untuk mendapatkan segala liputan mengenainya, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: FF16FFXVIFinal Fantasy 16Final Fantasy XVIThe Rising Tide
ShareTweetSend
Previous Post

Gundam: Requiem for Vengeance Dedah Trailer Rasmi, Bakal Tayang di Netflix!

Next Post

Segala Pengumuman Baru Anime Semasa Acara AnimeJapan 2024! Trailer, Tarikh Tayangan & Banyak Lagi!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Segala Pengumuman Baru Anime Semasa Acara AnimeJapan 2024! Trailer, Tarikh Tayangan & Banyak Lagi!

Segala Pengumuman Baru Anime Semasa Acara AnimeJapan 2024! Trailer, Tarikh Tayangan & Banyak Lagi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd