Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Final Fantasy XIV akan ditambah ciri auto-logout di Patch 5.58 bagi mengatasi kesesakan server

Amir Haziq by Amir Haziq
July 21, 2021
in ARPG, Artikel, Berita, Genre, MMO, Multiplayer, Platform
0 0
0
Final Fantasy XIV akan ditambah ciri auto-logout di Patch 5.58 bagi mengatasi kesesakan server
Share on FacebookShare on Twitter

Final Fantasy XIV kini mempunyai jumlah pemain yang ramai, terutamanya selepas pendedahan pengembangan Endwalker dan telah dimainkan lebih 200 ribu pemain awal bulan ini. Peningkatan ini telah menyebabkan pelbagai masalah server seperti ketidakstabilan dan barisan yang panjang. Jadi, Naoki Yoshida selaku pengarah dan penerbit game bersama pasukannya telah mengambil langkah dengan merancang untuk melaksanakan ciri auto-logout di Final Fantasy XIV.

Di dalam catatan blognya, Yoshida menyatakan ciri auto-logout adalah kaedah sementara yang berkesan untuk mengatasi kesesakan server, sebelum mereka menyiapkan penyelesaian tetap. Pasukan pembangun juga akan memberikan peningkatan kapasiti server untuk wilayah Amerika Utara dan Eropah bagi membolehkan pemain log masuk secara serentak, serta meningkatkan jumlah pusat data di seluruh dunia. Ciri ini bakal tiba di Patch 5.58 dan berfungsi apabila pemain idle dalam jangka masa yang lama, lalu akan mengeluarkan mereka secara automatik.

Walau bagaimanapun, masalah COVID-19 menghalang pasukan pembangun Final Fantasy XIV untuk meningkatkan kapasiti server dan pusat data mereka. Yoshida menyatakan pandemik ini telah merosakkan industri teknologi secara menyeluruh dan game mereka juga tidak terkecuali disebabkan kekurangan semikonduktor dan sekatan perjalanan global yang berterusan menyukarkan pemulihan. Namun, pasukan mereka tetap tidak berputus asa dan masih aktif memantau situasi untuk memulakan semula usaha.

Tanpa fungsi auto-logout, ciri-ciri dalam perancangan untuk mengatasi masalah server Final Fantasy XIV tidak akan selesai sekurang-kurangnya, sehingga Patch 7.0. Yoshida meminta pemain untuk log keluar sekiranya mereka tidak bermain game kerana akan menyebabkan yang lain terpaksa beratur dan menunggu lama. Malah, dia turut menyarankan pemain tidak membuat watak baru semasa waktu puncak, bagi membantu mengurangkan tekanan yang berlaku pada server sejak baru-baru ini.

Selain itu, Steamchartz telah melaporkan game ini telah mendapat 35% kenaikan pemain sejak 30 hari terakhir ini. Malah, disebabkan stream Final Fantasy XIV yang dilakukan oleh pemain World of Warcraft terkenal, iaitu Asmongold telah berjaya memecahkan rekod puncak sebelumnya. Namun, rekod ini telah dipatahkan pada hujung minggu lalu, apabila Steam melaporkan hanya 67,148 pemain sahaja pada 17 dan 18 Julai.

Final Fantasy XIV bakal menerima pengembangan baru bertajuk Endwalker pada 23 November ini. Pengembangan ini memberikan banyak kandungan baru untuk pemain seperti melee DPS Job Reaper, pelbagai zone untuk diterokai dan tambahan raid. Untuk membaca segala liputan kami mengenai game ini, anda boleh tekan sahaja pada pautan tersedia.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: final fantasy xivmmorpgNaoki Yoshida
Previous Post

Dragon Ball Super: Vegeta mendedahkan transformasi “God of Destruction”!

Next Post

Konami mengumumkan 3 game baru Yu-Gi-Oh! dan Master Duel bakal tersedia untuk semua platform!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi
Anime

Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi

June 6, 2025
Borderlands 2 & Deathloop Percuma di Steam & Epic Games – Jimat Lebih RM200!
Game Percuma

Borderlands 2 & Deathloop Percuma di Steam & Epic Games – Jimat Lebih RM200!

June 6, 2025
Next Post
Konami mengumumkan 3 game baru Yu-Gi-Oh! dan Master Duel bakal tersedia untuk semua platform!

Konami mengumumkan 3 game baru Yu-Gi-Oh! dan Master Duel bakal tersedia untuk semua platform!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd