Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Final Fantasy VII Remake versi PlayStation Plus tidak boleh upgrade ke PS5!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 1, 2021
in Artikel, Berita, Game Percuma, Platform, PS4, PS5
0 0
0
Final Fantasy VII Remake versi PlayStation Plus tidak boleh upgrade ke PS5!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas mengumumkan Final Fantasy 7 Remake akan keluar di PS5 pada bulan Jun 2021, Sony tidak lama kemudian mengumumkan barisan game percuma PlayStation Plus untuk bulan Mac 2021 dan mengesahkan bahawa ada empat game menarik untuk kita cuba termasuk Final Fantasy 7 Remake versi PS4!

Explore Midgar in FFVII Remake, experience Escher-esque puzzles in Maquette and retake the world in Remnant: From the Ashes, your PlayStation Plus games for March: https://t.co/3X7H7u1fDu pic.twitter.com/3hSh5CjOX2

— PlayStation (@PlayStation) February 28, 2021

Jika anda tidak tahu, Final Fantasy 7 Remake adalah salah satu game terbaik di PS4 pada tahun 2020, jadi kemunculannya dalam barisan percuma PS Plus adalah satu perkara yang besar. Malangnya, ada juga beberapa isu penting yang harus diketahui oleh anda semua.

Untuk mereka yang sudah memiliki Final Fantasy 7 Remake, anda dapat upgrade ke versi PS5 tanpa apa-apa kos tambahan. Tetapi bagi mereka yang menebus Final Fantasy 7 Remake melalui langganan PlayStation Plus, kamu tidak dapat upgrade ke versi PS5 secara percuma apabila ia keluar pada bulan Jun nanti.

Jika anda menebus Final Fantasy 7 Remake versi PS Plus dan masih ingin upgrade di PS5, pengguna perlu membayar harga penuh sebanyak RM299. Ini pasti mengecewakan ramai peminat, tetapi selain daripada peningkatan visual dan prestasi, apa lagi yang kita dapat di Final Fantasy 7 Remake versi PS5?

Di acara State of Play, Square Enix telah mengumumkan episod istimewa yang mengisahkan watak shinobi popular, Yuffie! Hanya mereka yang mempunyai PS5 sahaja dapat bermain episod Yuffie ini, jadi mereka perlu membeli Final Fantasy 7 Remake Intergrade atau menaik taraf versi Final Fantasy 7 Remake di PS4 dan membeli DLC Yuffie secara berasingan.

Memang ada sebab besar lah kan untuk kita sambung bermain game ini di PS5. Final Fantasy 7 Remake kini boleh didapati untuk PS4 dan akan hadir ke PS5 pada 10 Jun. Untuk segala liputan kami tentang francais Final Fantasy, sila tekan pautan ini.

Muat turun di sini!
Final Fantasy 7 Remake
Developer: Square Enix
Release Date: 2020-04-10
PlayStation 4
Ambil perjalanan kembali ke 1997 tetapi kali ini berbeza dengan semua peningkatan baru dan menakjubkan dari versi REMAKE!
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Final Fantasy 7 RemakePlayStation plusPS4ps5
Previous Post

Digimon Adventure mendedahkan perincian Lagu Tema Akhir yang baru!

Next Post

Acara crossover EVANGELION kembali ke The Battle Cats dengan banyak kandungan baru

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?

June 30, 2025
Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!

June 30, 2025
Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!
Panduan

Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!

June 30, 2025
Next Post
Acara crossover EVANGELION kembali ke The Battle Cats dengan banyak kandungan baru

Acara crossover EVANGELION kembali ke The Battle Cats dengan banyak kandungan baru

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd