Jumaat lalu kami ada mengongsikan treler terbaru beserta lagu tema terbaru bernama “Hollow” Final Fantasy VII Remake selepas ditayangkan oleh Square Enix. Lagu “Hollow” tersebut dihasilkan oleh komposer lagenda Nobuo Uematsu dan dinyanyikan oleh vokalis band rock Jepun iaitu Morita “Yosh” Yoshiya. Tetapi, kali ini Square Enix memberi lebih lagi pada peminat yang menantikan Final Fantasy VII Remake yang akan hadir 10 April ini selepas ditunda dari pelancaranya Mac ini, Final Fantasy II Remake Orchestra World Tour akan bermula Jun 2020 ini di serata dunia!
https://www.facebook.com/finalfantasyvii/photos/a.551658421537279/2927264880643276/?type=3&theater
Ya, bermula 14 Jun 2020, tour yang pertama akan diadakan di Los Angeles. Tetapi bukan hanya mengfokuskan di negara barat, di Asia Tenggara termasuk negara jiran kita Thailand dan Singapura juga akan diadakan Final Fantasy II Remake Orchestra World Tour ini! Jom saksikan sendiri jadual nya dibawah ini;
- Los Angeles, CA (14 JUN 2020)
- MICROSOFT THEATER; Penjualan tiket bermula 21 Februari 3PM PST
- Singapura (04 JUL 2020)
- THE STAR THEATRE; Penjualan tiket bermula 20 April 10AM
- Fort Worth, TX (22 AUG 2020)
- BASS PERFORMANCE HALL; Penjualan tiket bermula 27 Februari 10AM
- Phoenix, AZ (25 SEP 2020)
- SYMPHONY HALL; Penjualan tiket bermula 27 Februari 10AM MST
- New York, NY (03 OCT 2020)
- CARNEGIE HALL; Penjualan tiket bermula 27 Februari 11AM EST
- Chicago, IL (24 OCT 2020)
- SYMPHONY CENTER; Penjualan tiket bermula 27 Februari 10AM CST
- London, UK (30 OCT 2020)
- ROYAL ALBERT HALL; Penjualan tiket *TBA
- Bangkok, Thailand (07 & 08 NOV 2020)
- PRINCE MAHIDOL HALL; Penjualan tiket *TBA
- Denver, CO (08 & 09 JAN 2021)
- BOETTCHER CONCERT HALL; Penjualan tiket bermula 3 Ogos
- Tokyo, Japan (12 & 13 FEB 2021)
- TOKYO INTERNATIONAL FORUM; Penjualan tiket *TBA
**Sebarang penukaran tarikh atau masalah akan dikemaskini di laman web rasmi Final Fantasy II Remake Orchestra.
Alami segala susunan simfoni baru, termasuk Lagu Tema FINAL FANTASY VII REMAKE “Hollow,” komposer asal terbaru dari Nobuo Uematsu, yang dilakukan oleh orkestra dan paduan suara lebih dari 100 pemuzik, dan akan diketuai oleh konduktor pemenang Anugerah GRAMMY Arnie Roth.
Dengan pemandangan video definisi tinggi yang menakjubkan dari Final Fantasy VII Remake yang dibuat secara eksklusif untuk konsert ini oleh SQUARE ENIX. Jadi kalau anda seorang peminat setia Final Fantasy jangan lepaskan peluang anda untuk menyaksikan konsert megah sempena Final Fantasy VII Remake ini tak perlu jauh-jauh hanya pilih diantara lokasi di Singapura atau Thailand sahaja!

@gamersantaimy
Discussion about this post