Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[State of Play FEB 21] Final Fantasy VII Remake Intergrade akan keluar di PS5 pada Jun 2021!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 26, 2021
in Acara, ARPG, Artikel, Berita, PS4, PS5
0 0
0
[State of Play FEB 21] Final Fantasy VII Remake Intergrade akan keluar di PS5 pada Jun 2021!
Share on FacebookShare on Twitter

Semasa acara State of Play Februari 2021 hari ini, Final Fantasy VII Remake Intergrade untuk PS5 telah diumumkan. Sebagai versi yang dipertingkatkan dan diperluaskan, ia juga mengandungi episod baru yang dibintangi oleh Yuffie dan watak-watak dari Wutai. Harap maklum! Ini bukan sekuel langsung dan versi PS5 untuk Final Fantasy VII Remake.

Dalam trailer yang ditunjukkan, Yuffie adalah protagonis utama dan boleh dimainkan, di mana dia berkerjasama dengan watak baru bernama Sonon dan melawan pelbagai musuh dan bos berbeza. Selain itu, Final Fantasy VII Remake Intergrade akan mempunyai load time yang lebih cepat, tekstur yang lebih tinggi, pencahayaan yang lebih baik, fitur kualiti hidup, mod kesukaran baru, dan lain-lain untuk versi PS5.

Beberapa fitur baru juga telah ditambahkan, termasuk kemampuan untuk bertukar antara “Graphics Mode” yang mengutamakan grafik 4K berkualiti tinggi dan “Performance Mode” yang mengutamakan aksi lancar pada 60FPS. Pada masa yang sama, game ini mempunyai Photo Mode di mana pemain dapat mengambil gambar pemandangan dalam permainan dan menyimpan kenangan kegemaran mereka.

Mereka yang memiliki Final Fantasy VII Remake versi PS4 fizikal atau digital boleh menaik taraf ke versi PS5 tanpa apa-apa kos tambahan. Untuk memudahkan perjalanan, anda juga boleh membawa “save data” dari versi PS4. Walaupun begitu, pemain masih perlu membeli episod baru yang menampilkan Yuffie secara berasingan.

Untuk sesiapa yang ingin membeli Final Fantasy VII Remake Intergrade edisi Digital Deluxe akan mendapat bonus mini soundtrack digital dan buku seni digital dengan gambar konsep. Untuk mereka yang membuat pra-pesanan bagi edisi Standard digital atau Digital Deluxe juga akan mendapat senjata Cacstar bonus yang hanya dapat digunakan dalam episod Yuffie.

Final Fantasy VII Remake kini tersedia untuk PS4, manakala Final Fantasy VII Remake Intergrade akan dilancarkan untuk PS5 pada 10 Jun 2021. Untuk segala liputan kami tentang State of Play Februari 2021, sila tekan pautan ini.

Muat turun di sini!
Final Fantasy 7 Remake
Developer: Square Enix
Release Date: 2020-04-10
PlayStation 4
Ambil perjalanan kembali ke 1997 tetapi kali ini berbeza dengan semua peningkatan baru dan menakjubkan dari versi REMAKE!
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Final Fantasy VII Remake Intergradeps5state of play
Previous Post

Xiaomi Mi 11 secara rasmi dilancarkan di Malaysia dan harga bermula RM2799!

Next Post

[State of Play Feb 21] Kena: Bridge of Spirits akan hadir di PS4 & PS5 Ogos ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
[State of Play Feb 21] Kena: Bridge of Spirits akan hadir di PS4 & PS5 Ogos ini!

[State of Play Feb 21] Kena: Bridge of Spirits akan hadir di PS4 & PS5 Ogos ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd