Summer Game Fest 2023 membawa pelbagai pengumuman game menarik, salah satunya adalah Final Fantasy VII: Ever Crisis versi Mobile. Diumumkan oleh Square Enix, Final Fantasy VII: Ever Crisis akan hadir ke iOS dan Mobile. Tetapi tiada tarikh pelancaran yang diumumkan. Walaupun begitu, game ini akan menjalankan ujian beta tertutup pada 9 Jun sehingga 29 Jun 2023. Berikut adalah trailer yang didedahkan semasa Summer Game Fest 2023.
Untuk anda yang berminat untuk mencuba nasib untuk dapatkan tempat dalam ujian beta tertutup game, boleh pergi ke laman web rasmi untuk daftarkan diri. Buat masa ini pendaftaran masih ditutup. Boleh ikuti akaun media sosial game untuk ikuti pengembangan lanjut game.
Tentang Final Fantasy VII: Ever Crisis
Kembali semula semasa detik-detik dari Final Fantasy VII dan alami perjalanan wira muda Sephiroth.
Alami kisah-kisah klasik dan baharu dalam alam semesta Final Fantasy VII yang dipersembahkan dalam rupa gaya retro digabungkan dengan grafik moden yang cantik, yang boleh diakses dengan mudah semasa dalam perjalanan. Gabungkan watak kegemaran anda dan sesuaikan setiap satu dengan peralatan dan senjata ikonik untuk mengalahkan lawan yang kuat dalam mod pertempuran solo atau koperatif.

Game ini percuma untuk dimainkan dengan pembelian dalam aplikasi akan tersedia. Senang cerita, terdapat sistem gacha untuk anda dapatkan watak-watak untuk dimainkan. Melalui laman web rasmi, terdapat milestone yang akan memberikan pelbagai ganjaran kepada pemain yang pra-daftar Final Fantasy VII: Ever Crisis. Berikut adalah milestone serta ganjaran yang boleh didapatkan:
- 70, 000 pemain: Draw Ticket x5
- 200,000 pemain: Blue Crystal x500
- 300,000 pemain: Draw Ticket x5
- 400,000 pemain: Blue Crystal x500
- 500,000 pemain: Jumpstart Item Set
- 600,000 pemain: Blue Crystal x500
- 700,000 pemain: Draw Ticket x5
- 770,000 pemain: Zweihander x1
- 1,000,000 pemain: 5 Star Weapon Draw Ticket x1
Sekali lagi kami ingatkan, kalau anda berminat untuk bermain FFVII: Ever Crisis, boleh pra-daftar game apabila ia dibuka nanti melalui peranti masing-masing. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Summer Game Fest 2023, anda boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post