Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Final Fantasy Tactics: The Ivalice Chronicles – Remaster Kepada RPG Taktikal Kesayangan Ramai

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 5, 2025
in Artikel, Berita, Nintendo Switch, Nintendo Switch 2, PC, PS4, PS5, Remastered, RPG, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Final Fantasy Tactics: The Ivalice Chronicles – Remaster Kepada RPG Taktikal Kesayangan Ramai
Share on FacebookShare on Twitter

Square Enix telah mengumumkan Final Fantasy Tactics: The Ivalice Chronicles, sebuah versi remaster bagi RPG taktikal klasik tahun 1997, yang akan dilancarkan pada 30 September 2025.

Judul ini bakal hadir di pelbagai platform termasuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, Nintendo Switch, Switch 2, PlayStation 4, dan PC melalui Steam. Versi baharu ini menghidupkan semula dunia zaman pertengahan Ivalice dengan nafas moden, sambil mengekalkan keaslian yang pernah memikat hati para peminat.

Game ini membawa pemain ke Kingdom of Ivalice, sebuah dunia yang bergolak akibat konflik politik. Di sinilah bermulanya perjalanan Ramza Beoulve, seorang wira muda yang berusaha membongkar kebenaran yang telah dipadam dari sejarah.

Final Fantasy Tactics: The Ivalice Chronicles menampilkan kisah rumit tentang kuasa, pengkhianatan, dan maruah — kini diperbaharui dengan dialog suara penuh, visual yang diperindah, serta UI yang direka semula untuk pengalaman yang lebih lancar dan menarik.

Beberapa tokoh penting yang terlibat dalam versi asal kembali untuk projek ini, termasuk pengarah Kazutoyo Maehiro, pengarah seni Hiroshi Minagawa, dan penulis asal Yasumi Matsuno, bagi memastikan remaster ini kekal setia pada akarnya sambil menggabungkan sentuhan baharu.

Edisi kali ini hadir dalam dua versi: versi enhanced yang ditambah baik untuk pemain moden, dan versi classic yang mengekalkan pengalaman asal tahun 1997, lengkap dengan terjemahan War of the Lions yang popular.

Edisi enhanced menawarkan pelbagai ciri baharu termasuk tetapan tahap difficulty yang boleh diubah suai, sistem auto-save, pilihan fast-forward semasa pertarungan, pandangan taktikal untuk melihat medan pertempuran dengan lebih jelas, serta paparan giliran yang lebih teratur.

Semua ini direka untuk menjadikan game lebih mesra pengguna tanpa menjejaskan kerumitan taktikal yang menjadi tunjang siri ini.

Ciri utama game ini ialah sistem pertarungan turn-based yang seronok dan sistem job yang sangat fleksibel, membolehkan pemain memilih lebih daripada 20 jenis job seperti Black Mage, Dragoon, Geomancer, Summoner, dan Time Mage, dengan lebih 300 kebolehan untuk dipelajari dan digabungkan.

Pemain boleh merangka strategi unik dengan membentuk pasukan tersendiri, menggunakan kelebihan rupa bumi serta kebolehan watak bagi menewaskan musuh yang mencabar.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman web rasmi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Final Fantasy Tactics: The Ivalice Chronicles
ShareTweetSend
Previous Post

Digimon Story: Time Stranger Akan Keluar 3 Oktober, Pre-Order PS5 Bermula!

Next Post

Pandangan Pertama ‘007 First Light’ – Game James Bond Baru Untuk 2026

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Pandangan Pertama ‘007 First Light’ – Game James Bond Baru Untuk 2026

Pandangan Pertama '007 First Light' – Game James Bond Baru Untuk 2026

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd