Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Final Fantasy Pixel Remaster Review (konsol) — Versi Terbaik Untuk Pemain Baharu Francais!

Maira by Maira
May 5, 2023
in Artikel, Berita, Game, Game Review, Review
0 0
0
Final Fantasy Pixel Remaster Review (konsol) — Versi Terbaik Untuk Pemain Baharu Francais!

Kredit imej: Square Enix

Share on FacebookShare on Twitter

Setelah dikeluarkan pada PC dan mobile, siri Final Fantasy Pixel Remaster akhirnya tiba ke konsol PS4 dan Nintendo Switch. Versi baharu ini nampaknya membawa penambahbaikan kepada game, memberikan grafik dan cover muzik baharu kepadanya. Ia juga mudah untuk diakses oleh pemain baru. Kalau anda ingin tahu, FF Pixel Remaster telah pun dilancarkan pada mobile dan PC tetapi baru tahun ini siri ini tersedia untuk pemain konsol. Ingin tahu bagaimana prestasi game ini pada konsol? Teruskan membawa review kami ini!

Grafik baru yang menyerlah

Kami suka melihat sprite watak dan background yang dilukis semula, berbeza rupanya daripada versi mobile dan PC. Ia membuatkan game kelihatan lebih cerah dan ekspresif. Bukan setakat itu sahaja, game juga dipersembahkan dengan saiz skrin lebar, yang menunjukkan dunia game dengan lebih luas.

Animasi barunya serta efek partikel memberi rupa yang hampir sama seperti Octopath Traveler. Ini boleh dilihat melalui efek air dalam game di mana ia bergerak dengan sangat lancar dan membuatkan tasik kelihatan seperti air di dunia sebenar. Mungkin pada gambar ia kelihatan biasa, tetapi kalau anda melihatnya bergerak, ia sememangnya cantik.

Final Fantasy Pixel Remaster
Kredit: Square Enix

Port baharu ini juga membawa font baharu yang membuatkan teks kelihatan hampir sama dengan versi asal game. Ia benar-benar sesuai pada game dan memberikan pengalaman terbaik seperti game asal yang dikeluarkan pada dahulu.

Ciri Quality-of-Life (QoL)

Kami gembira melihat ciri QoL pada versi konsol ini. Ia turut mengubah jumlah EXP dan duit yang anda boleh dapatkan sepanjang game, termasuklah kebolehan untuk menutup encounter rawak. Ini sedikit sebanyak membuatkan game lebih senang dan memberi pilihan kepada pemain. Game seperti FFII dan FFIII memerlukan grind yang banyak, jadi dengan mendapatkan EXP ekstra dan menutup encounter semasa masuk ke dalam dungeon mungkin menjadi pilihan terbaik untuk pemain baharu.

Final Fantasy Pixel Remaster
Kredit: Square Enix

Walaupun begitu, kami harap ada butang fast-forward. Game mungkin lebih cepat dengan auto-battle tetapi kalau ia boleh digunakan luar daripada battle seperti FFVII, FFVIII dan FFIX HD, ia mampu membuatkan battle lebih pantas untuk mereka yang ingin grind dengan lebih laju.

Mahu main yang mana satu?

Untuk Final Fantasy Pixel Remaster, kita mempunyai enam game untuk dipilih. Ia mungkin mencabar untuk pilih game pertama untuk dimainkan, lebih-lebih lagi dengan harganya yang agak tinggi untuk game yang sudah berusia lebih daripada 20 tahun.

Kalau anda mulakan dengan FF I, II dan III, ia memang entri yang penting, tetapi jika dibandingkan dengan game moden sekarang ini, ia mempunyai jalan cerita yang mudah dan combat turn-based yang asas. Ia tidaklah membosankan, kami betul-betul seronok bermain FFI kerana ia mudah untuk dimainkan. Ciri QoL mungkin membantu anda untuk grind dalam game. Sejujurnya, tiga game pertama ini hanya membawa anda untuk melihat permulaan francais dan bagaimana ia berkembang sehingga sekarang. Kalau anda seseorang yang ingin habiskan keseluruhan francais, jadi kenalah main kesemua entri, tetapi kalau anda inginkan sesuatu yang lebih moden boleh langkau ketiga-tiga entri ini.

Kredit: Square Enix

FFIV dan FFV yang dilepaskan pada Super Nintendo merupakan entri yang membawa ciri moden ke dalam francais. Plotnya mungkin sedikit cliche dan melodramatik dengan watak-wataknya yang mampu mencuri perhatian pemain. Bagi kami FFIV merupakan game yang paling mudah untuk diakses oleh pemain baru kerana plotnya yang mudah difahami serta perkembangan watak. Ia juga antara game terbaik yang memperkenalkan sistem job serta membolehkan pengubahsuaian yang pelbagai untuk gaya bermain berbeza.

Walaupun begitu, Final Fantasy VI menjadi sorotan untuk FF Pixel Remaster ini. Dengan penceritaan yang baik, gameplay yang hebat dan soundtrack gempak, ia sememangnya entri yang perlu dimainkan oleh pemain. Versi remaster ini bukan sahaja menambah sprite baru serta cover hebat daripada track, ia juga mengemas kini combat dalam game.

Final Fantasy Pixel Remaster
Kredit: Square Enix

Sebagai contoh, anda boleh melihat input pada pergerakan Blitz milik Sabin dan charge teknik pedang Cyan di latar belakang, jadi anda boleh menyerang menggunakan watak lain. Bahagian terbaik pada game ini ialah adegan Opera yang dihasilkan sepenuhnya dalam sprite 2D-HD dan vokal sebenar. Ia sememangnya game remaster yang sangat mantap.

Kesimpulan

Walaupun begitu, Final Fantasy Pixel Remaster masih mempunyai beberapa kelemahan tetapi ia masih lagi game remaster yang baik. Dengan mencipta semula game asal, ditambah pula dengan ciri QoL dan sprite yang dikemas kini, ia membuatkan game tersebut kelihatan seperti baharu. Kalau anda ingin mainkan FF Pixel Remaster ini, kami cadangkan untuk anda mainkan FFVI dahulu sebelum main FFIV dan FFV. Ia mungkin mempunyai kelemahan tetapi ia merupakan entri yang masih disukai sehingga sekarang.

Kredit: Square Enix

Tidak kisahlah entri mana yang anda mainkan, siri Final Fantasy Pixel Remaster ini sememangnya cara terbaik untuk anda alami game FF terdahulu dan lihat bagaimana ia berubah kepada game yang ada sekarang.

Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Final Fantasy daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: final fantasyFinal Fantasy Pixel Remaster
ShareTweetSend
Previous Post

[Review] Crime Boss: Rockay City – Cuba untuk menjadi Raja dalam dunia penjenayah!

Next Post

Filem Detective Conan The Story of Ai Haibara: Black Iron Mystery Train Akan Tayang di Malaysia Pada 11 Mei Ini!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Filem Detective Conan The Story of Ai Haibara: Black Iron Mystery Train Akan Tayang di Malaysia Pada 11 Mei Ini!

Filem Detective Conan The Story of Ai Haibara: Black Iron Mystery Train Akan Tayang di Malaysia Pada 11 Mei Ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd