Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Final Fantasy 7: Ever Crisis adalah percuma di mobile tetapi mempunyai sistem Gacha!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 18, 2021
in Android, Artikel, Berita, Genre, iOS, Mobile, RPG
0 0
0
Final Fantasy 7: Ever Crisis adalah percuma di mobile tetapi mempunyai sistem Gacha!
Share on FacebookShare on Twitter

Square Enix bukan sahaja mendedahkan Final Fantasy 7 Remake Intergrade, malah telah mengesahkan beberapa projek lain pada bulan lepas iaitu game mobile battle royale bertajuk The First Soldier and Final Fantasy 7: Ever Crisis, sebuah game mobile yang menceritakan semula keseluruhan siri Final Fantasy 7, termasuk peristiwa Crisis Core, Before Crisis, Dirge of Cerberus, dan juga filem Advent Children.

Baru-baru ini, pengarah Tetsuya Nomura bercakap dengan Famitsu tentang masa depan keseluruhan projek Final Fantasy 7 Remake, di mana dia juga mendedahkan beberapa info baru untuk DLC Yuffie. Pada masa yang sama, dia menjelaskan tentang cara Ever Crisis akan berfungsi dan bagaimana ia akan diedarkan.

Ever Crisis dijangka akan keluar pada tahun depan, tetapi pada awalnya tidak akan menampilkan keseluruhan kronologi. Sebaliknya, pemain perlu menunggu episod baru yang akan dilancarkan secara berkala dalam jangka masa tertentu. Nasib baiklah setiap bab boleh dimuat turun secara percuma, menurut Nomura.

Tetapi kerana setiap permainan perlu menjana pendapatan, ia akan menampilkan sistem Gacha yang mempunyai senjata rawak. Nomura memberitahu bahawa beberapa senjata istimewa akan hadir secara bundle bersama dengan beberapa kostum pilihan, yang tidak ada dalam permainan asli.

Dari segi tempoh permainan, Nomura menyatakan bahawa saga yang merangkumi Final Fantasy 7 asli akan dibahagikan kepada 10 bab. Dia juga mengesahkan bahawa tiga bab pertama akan merangkumi arc Midgar, di mana bab ke-3 berakhir dengan Cloud dan rakan-rakan meninggalkan Midgar.

Tetapi FF7: EC tidak sepenuhnya terdiri daripada kisah Final Fantasy 7. Menurut Nomura, ia akan ada kisah-kisah asli, yang bermaksud peminat lama boleh mengharapkan kandungan baru. Sebagai contoh, satu episod akan menceritakan peristiwa The First Soldier, yang menampilkan watak-watak tertentu yang lebih muda, seperti eksekutif Shinra.

Akhir sekali, Nomura ditanya tentang satu adegan di dalam trailer di mana Aerith dilihat sedang bertarung dengan Guardian Scorpion, yang merupakan pertarungan bos pertama dari permainan asli. Ini agak pelik kerana ketika itu Aerith belum diperkenalkan. Nomura mengatakan bahawa ini adalah mod berasingan yang membolehkan pemain menikmati pertempuran istimewa dengan parti “impian” mereka. Pada dasarnya, ia membolehkan mereka alami semula semua pertarungan bos dalam cara yang tidak mungkin berlaku pada permainan asli.

Final Fantasy 7: Ever Crisis akan dilancarkan untuk Android dan iOS pada tahun 2022. Untuk segala liputan kami tentang permainan tersebut, sila tekan pautan ini.

Sumber – Famitsu

Lihat di sini
Final Fantasy 7: Ever Crisis
Publisher: Square Enix
Developer: Applibot
Release Date TBC
Android, iOS
Bakal dilancarkan pada tahun depan, Final Fantasy VII: Ever Crisis adalah adaptasi dari saga FF7 untuk peranti mudah alih. Game ini akan keluar di platform iOS dan Android dan dikatakan sebagai “permainan single player yang berstruktur kepada bab“.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: AndroidFinal Fantasy 7: Ever CrisisiOSMobilesistem Gachasquare enix
Previous Post

10 permainan PERCUMA untuk PlayStation Play at Home

Next Post

Diskaun sehingga 80% dengan MEGA MARCH SALE di Playstation Store!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

BIC Festival 2025 Tampilkan Visual Utama, Janjikan Pengalaman Gaming Indie Bertemakan Kosmik
Acara

BIC Festival 2025 Tampilkan Visual Utama, Janjikan Pengalaman Gaming Indie Bertemakan Kosmik

May 9, 2025
Mafia: The Old Country Bakal Dilancarkan 8 Ogos 2025
Berita

Mafia: The Old Country Bakal Dilancarkan 8 Ogos 2025

May 9, 2025
Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!
Berita

Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!

May 8, 2025
Next Post
Diskaun sehingga 80% dengan MEGA MARCH SALE di Playstation Store!

Diskaun sehingga 80% dengan MEGA MARCH SALE di Playstation Store!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!
Berita

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!

May 4, 2025
Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius
Anime

Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius

May 2, 2025
Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?
Filem

Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?

May 2, 2025
Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis
Fakta & Trivia

Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis

May 1, 2025
Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!
Filem

Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!

May 1, 2025
Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat
Jom Singgah!

Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat

April 30, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd