Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Final Fantasy 16 sudah selesai “pembangunan awal”! Akan datang dalam masa terdekat??

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 9, 2020 - Updated on February 20, 2021
in Artikel, Berita, PS5
0 0
0
Final Fantasy 16 sudah selesai “pembangunan awal”! Akan datang dalam masa terdekat??
Share on FacebookShare on Twitter

Pengumuman Final Fantasy 16 (XVI) semasa acara PlayStation 5 terbaru datang sebagai kejutan besar bagi peminat siri. Walaupun game ini telah menjadi bahan gosip selama bertahun-tahun, kita akhirnya dapat melihat trailer dan seni reka bentuk permainan. Trailer yang berdurasi hampir 5 minit itu membuat ramai peminat berfikir kerana maklumat seterusnya tidak akan sampai sehingga tahun 2021, namun, kita kini sudah mengetahui sejauh mana perkembangan semasa.

Satu perkara yang sudah pasti ialah Final Fantasy 16 sudah berada dalam pembangunan awal selama beberapa tahun lepas, di mana trailer menunjukkan reka bentuk, dunia, dan watak yang konsisten. Menurut senarai jawatan kosong di laman web Square Enix, Final Fantasy 16 telah menyelesaikan “pembangunan asas.” Berikut adalah tulisan rasmi:

“Kami telah menyelesaikan pembangunan asas dan produksi senario, serta akan terus membuat sumber bahan berskala besar dan menghasilkan pertempuran bos sambil mengembangkan beberapa alat pembangunan kami.”

Walaupun game ini telah melepasi beberapa kemajuan utama, ini tidak bermaksud bahawa Final Fantasy 16 sudah siap untuk keluar. Halaman jawatan kosong yang sama menyenaraikan posisi untuk level designer, staf yang dapat menghasilkan cutscene “berskala besar”, dan animasi watak. Semua ini adalah petunjuk yang baik bahawa pembangunan Final Fantasy 16 masih lancar.

Final Fantasy 16 telah diposisikan secara strategik untuk mengelakkan sebarang penangguhan jangka panjang dan isu-isu pembangunan. Ini jauh berbeza daripada Final Fantasy 15 dan Final Fantasy 7 Remake yang jatuh mangsa semasa tempoh perkembangan mereka. Dengan pengumuman seperti ini, saya yakin bahawa Final Fantasy 16 akan dilancarkan dalam tahun-tahun berdekatan berbanding dengan Final Fantasy 15 yang mengambil masa 10 tahun untuk dilancarkan setelah pengumuman pertama.

Final Fantasy 16 adalah game pertama yang diumumkan sejak keluaran Final Fantasy 15 pada 2016, dan ia dikembangkan oleh pasukan yang terdiri oleh pengarah Final Fantasy 14, Naoki Yoshida, diarahkan oleh pengarah The Last Remnant, Hiroshi Takai, dan pertempuran diuruskan oleh Ryota Suzuki yang terkenal dengan Devil May Cry 5 dan Dragon’s Dogma: Dark Arisen.

Final Fantasy 16 kini dalam pembangunan sebagai permainan eksklusif untuk konsol PlayStation 5.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: final fantasyFinal Fantasy 16playstation 5
Previous Post

Siapa nak tahu lebih lanjut mengenai Shadow Arena? Kini Q&A Pemaju telah dikongsikan!

Next Post

Hantu boleh bantu krew Among Us di kemas kini akan datang!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Hantu boleh bantu krew Among Us di kemas kini akan datang!

Hantu boleh bantu krew Among Us di kemas kini akan datang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd