Mengadaptasi permainan video ke dalam filem adalah sangat sukar, serta harus mempunyai campuran antara kesetiaan kepada francais dan mengubah dengan secukupnya untuk menghasilkan sebuah filem yang bagus. Sesetengah orang menginginkan produk yang setia dengan jalan cerita permainan video, tetapi selalunya ini tidak diterjemahkan kepada sebuah filem yang baik. Kerana itu, pengarah Uncharted, Dan Trachtenberg, tidak akan meniru jalan cerita siri PlayStation yang popular ini dalam filem Uncharted barunya yang dibintangi Nathan Drake yang lebih muda yang dilakonkan oleh Tom Holland.
Dan ini sebabnya mengapa filem ini memberi tumpuan kepada Nathan Drake dan kehidupannya sebelum bermula peristiwa siri permainan Uncharted. Menurut Trachtenberg, melakukan adaptasi dengan kisah sama ialah satu idea yang buruk.
“Saya telah didekati dengan pelbagai versi kisah ini, dan tidak selalu tertarik kerana saya tidak ingin meniru semula game ini. Saya tidak rasa seperti ia layak untuk membuat adaptasi permainan video, kerana jika kami hanya akan meniru permainan itu, ia hanya menunjukkan sebuah filem yang kurang berpengalaman berbanding apa yang mereka alami semasa mereka bermain Uncharted”
Kata pengarah kepada Games Radar.
Buat masa ini, Trachtenberg benar-benar percaya apa yang beliau miliki, dan berkata jika Naughty Dog ini membuat judul baru untuk siri, studio mereka pasti akan menggunakan kisah beliau ingin ceritakan.
https://twitter.com/the_face_light/status/1148048062763491328
Sudah tentu, sangat baik untuk mendengar pengarah 10 Cloverfield Lane yakin dengan apa yang beliau buat ingin cipta bersama Sony dan arah dia dan pasukannya sedang ambil mungkin adalah yang paling betul. Kami tidak memerlukan sebuah filem yang memberitahu semula kisah di dalam permainan video. Walaupun ia pernah dibuat sebelum ini.

Filem Uncharted akan keluar pada 18 December 2020.
Sumber – GamesRadar
@gamersantaimy
Discussion about this post