Peminat Marvel mesti ternanti-nanti kan filem Thor: Love and Thunder yang sepatutnya dikeluarkan pada awal Julai lalu di Malaysia. Tetapi setelah ditunda ke penghujung Julai, nampaknya filem tersebut terpaksa ditunda lagi oleh Disney. Bukan setakat itu sahaja, tarikh tayangan baru juga masih belum didedahkan.
Melalui kedua-dua laman sosial media pawagam terbesar di Malaysia, GSC Cinemas dan TGV Cinemas, nampaknya Malaysia terpaksa menunggu kata putus daripada Disney untuk tayangan filem Thor: Love and Thunder yang baru. Sebab sebenar pelepasan filem ini ditangguh juga tidak diumumkan. Adakah kita masih dapat tonton filem tersebut pada bulan ini atau tidak, terletak kepada tangan Disney. Sabar sahajalah peminat Thor sekalian.

Filem ini akan dibintangi oleh Chris Hemsworth sebagai Thor bersama Mighty Thor atau Jane Foster yang dilakonkan oleh Natalie Portman. Tessa Thompson kembali sebagai Valkyrie dan Taiki Waititi sebagai Korg. Terdapat juga wajah baharu yang ditampilkan dalam filem ini termasuk Rusell Crowe sebagai Zeus dan Christian Bale sebagai villain utama iaitu Gorr the God Buthcher. Berikut adalah sinopsis filem melalui imdb:
Persaraan Thor diganggu oleh pembunuh galaksi yang dikenali sebagai Gorr the God Butcher, yang ingin menghapuskan tuhan. Untuk memerangi ancaman itu, Thor meminta bantuan Raja Valkyrie, Korg dan bekas teman wanita Jane Foster, yang menggunakan tukul ajaibnya, Mjolnir, sebagai Mighty Thor. Bersama-sama, mereka memulakan pengembaraan kosmik yang mengerikan untuk mengungkap misteri dendam Dewa Butcher dan menghentikannya sebelum terlambat.

Kalau sudah banyak kali kena tunda, baik kita tunggu sahaja ia keluar di platform penstriman seperti Disney+. Tetapi kurang sedikit rasa seronok itu berbanding menonton di pawagam. Harap-harap Disney bagi keputusan cepat. Takdalah peminat mengharap lama sangat. Kalau ada kemas kini baru, kami akan beritahu anda semua. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai filem daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post