Selepas berakhirnya filem Joker beberapa tahun lalu, ramai penonton yang mula membuat spekulasi bahawa filem tersebut akan mendapat sekuel. Ianya tidaklah disahkan sehingga sekarang. Tetapi kini, ia bukan lagi khabar angin kerana Joker 2 telah disahkan sekuelnya malah tajuk juga telah didedahkan. Filem sekuel tersebut bertajuk Joker: Folie à Deux.
View this post on Instagram
Melalui Instagram pengarah, Todd Phillips telah mendedahkan script untuk filem Joker 2 yang ditulis olehnya dan Scott Silver. Bukan setakat itu sahaja, dia juga telah memuatnaik gambar Joaquin Phoenix, pelakon Joker yang sedang membaca skrip tersebut. Ini bermaksud Joaquin akan kekal sebagai watak Joker dalam filem sekuel tersebut.
Walaupun masih tiada butiran lanjut mengenai plot didedahkan, tetapi tajuk itu sendiri seperti memberi sedikit petunjuk mengenainya. Ada juga yang mengatakan bahawa Harley Quinn akan muncul dalam filem terbaru ini. Ia teori yang tidak begitu pelik memandangkan ramai peminat DC mengetahui hubungan Joker dan Harley. Apapun kita tunggu sahaja berita lanjut mengenainya nanti. Mungkin kita akan dapat lihat visual utama filem sekuel Joker juga.

Kepada anda yang tidak mengetahui tentang filem Joker, ia merupakan sebuah filem yang berdasarkan daripada villain dalam DC Universe dan ditayangkan pada tahun 2019. Ia memaparkan seorang pelawak yang sedang bergelut dengan masalah mentalnya, yang akhirnya melahirkan watak ikonik DC yang dikenali ramai.
Anda yang belum menonton filem ini, boleh menontonnya melalui Netflix ataupun menyewanya di Google Movies berharga RM 13. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai filem daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post