Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Filem Satria Dewa: Gatotkaca akan keluar di Malaysia pada 18 Ogos 2022

safwan by safwan
July 25, 2022
in Action, Artikel, Berita, Filem, Tempatan
0 0
0
Filem Satria Dewa: Gatotkaca akan keluar di Malaysia pada 18 Ogos 2022
Share on FacebookShare on Twitter

Horizon Film Entertainment mengumumkan bahawa filem Satria Dewa: Gatotkaca akan mula ditayangkan di seluruh Malaysia pada 18 Ogos 2022. Sebelum dibawa masuk ke Malaysia dan negara luar yang lain, filem ini telah ditayangkan secara perdana di Indonesia pada minggu lepas. Filem ini mengisahkan tentang seorang adiwira legenda daripada negara tersebut iaitu Indonesia.

Pandang pertama SATRIA DEWA GATOTKACA! Sudah bersedia untuk bertemu dengannya?

Nantikan SATRIA DEWA GATOTKACA 18 OGOS 2022 di pawagam Malaysia!

Salam JIWA SATRIA✊🏻

@horizonfilmentertainment @TGVCinemas @TGVPictures @SatriaDewaSTU

Media Partner@buzzpoptv @GogglerMY pic.twitter.com/0NiMOXwXlr

— Satria Dewa Official Malaysia (@satriadewaMY) July 24, 2022

Semasa tayangan perdana diadakan, filem ini telah menerima sambutan yang sangat menggalakkan di sana dan saya yakin bahawa rakyat Malaysia akan menyukai filem ini kerana terdapat unsur-unsur adiwira yang penuh dengan aksi.

Menurut Mohd Shahir Sulaiman selaku pengarah urusan Horizon Film Entertainment, dia berkata “Gatotkaca ialah filem yang segar dan memaparkan jalan cerita yang menarik.” Begitu juga dengan pelakon yang terkenal bukan sahaja di Indonesia tetapi di Malaysia juga termasuk Rizky Nazar, Yasmin Napper, Omar Daniel, Yayan Ruhian dan Cecep Arif Rahman.

Berikut adalah sinopsis filem Satria Dewa: Gatotkaca:

Dunia kelihatan tegang kerana keganasan pembunuh bersiri sudah berlaku. Yuda yang dilakonkan oleh Rizky Nazar baru sahaja kehilangan pekerjaan. Dia dan ibunya, Arimbi (Sigi Wimala), yang sudah lama hilang ingatan, dihalau kerana lewat membayar sewa rumah. Oleh itu, Yuda menerima kerja sebagai juru gambar untuk mengambil gambar majlis graduasi rakan kolejnya Erlangga (Jerome Kurnia).

Kemudian, dia menyaksikan sahabat dan ibunya dibunuh oleh orang jahat Korawa. Yuda, bersama Agni (Yasmin Napper), seorang wanita cantik pintar, Dananjaya (Omar Daniel), seorang veteran Pandawa, Gege (Ali Fikry), adik Dananjaya, dan Ibu Mripat (Yati Surachman), seorang pengumpul barang antik, mula mencari dalang di sebalik kejadian pembunuhan bersiri.

Dari penyiasatan, Yuda mula mendapati bahawa dia mempunyai kuasa misteri dalam dirinya. Yuda juga rasa terpanggil untuk melindungi orang yang dia sayang.

Menurut Wikipedia

Saya ingin mengingatkan anda bahawa Satria Dewa: Gatotkaca akan ditayangkan di seluruh Malaysia bermula 18 Ogos 2022. Mesti ramai yang tidak sabar untuk menonton filem ini apabila ditayangkan nanti. Jadi, mari kita sama-sama nantikan jualan tiket wayang di pawagam yang terdekat dengan anda. Untuk mendapatkan lebih banyak berita mengenai filem, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: MalaysiaSatria Dewa: GatotKaca
Previous Post

PS Plus tawar ‘7 Hari Percuma’ untuk Extra & Deluxe, boleh cuba Stray!

Next Post

Mod-mod pelik game Stray mula muncul, antaranya mod CJ!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Mod-mod pelik game Stray mula muncul, antaranya mod CJ!

Mod-mod pelik game Stray mula muncul, antaranya mod CJ!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

Β© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

Β© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd