Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Filem remake Shin Ultraman dedahkan visual baru untuk poster dan banner!

Maira by Maira
March 17, 2022 - Updated on March 30, 2022
in Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Filem remake Shin Ultraman dedahkan visual baru untuk poster dan banner!
Share on FacebookShare on Twitter

Filem Shin Ultraman, yang merupakan reboot daripada siri popular itu telah mendedahkan visual terbaru untuk tayangannya pada tahun ini. Ianya telah didedahkan melalui laman web rasmi dan Twitter filem tersebut. Kedua-dua visual baru itu akan dipaparkan di pawagam seluruh Jepun bermula 18 Mac ini. Berikut adalah poster untuk filem Shin Ultraman:

Melihat pada poster tersebut, anda boleh melihat ekspresi protagonis, Shinji Kaminaga yang akan menjadi Ultraman. Watak tersebut akan dibawa oleh Takumi Saito dan disertai oleh barisan pelakon lain seperti Masami Nagasawa, Hidetoshi Nishijima dan Daiki Arioka. Bin Furuya yang membintangi siri Ultraman 1966 sebagai watak utama juga akan membuat penampilan dalam filem akan datang.

Banner yang dikeluarkan juga menunjukkan Ultraman yang gah berdiri memandang ke belakang. Ini merupakan kali pertama reka bentuk belakang Ultraman ini ditayangkan kepada umum. Visual pada poster dan banner ini disertakan dengan slogan filem iaitu “Imaginasi dan Romantik. Dan Persahabatan.”

Kepada anda yang tidak tahu, filem Shin Ultraman ini merupakan salah satu entri dalam trilogi “Shin” oleh Hideaki Anno, yang juga popular dengan siri Godzilla dan Evangelion. Filem ini juga merupakan remake baru untuk watak klasik Jepun ini. Ia sepatutnya ditayangkan pada musim panas 2021 tetapi pandemik COVID-19 yang melanda telah menunda tayangan tersebut ke 13 Mei 2022.

Sumber: Shin Ultraman

Hideaki Anno juga sedang mengerjakan kedua-dua remake untuk Ultraman dan Kamen Rider baru. Sebelum ini, dia mengarahkan Shin Godzilla bersama Shinji Higuchi. Kali ini, Higuchi pula yang mengarahkan Shin Ultraman manakala Anno menghasilkan dan menulis skrip untuknya. Anno mengendalikan kedua-dua tugas menulis dan mengarah untuk Shin Kamen Rider.

Buat sementara waktu ini, masih belum ada maklumat jika filem Shin Ultraman akan mendapat tayangan antarabangsa. Jadi, kita hanya mampu menunggu sahaja berita selanjutnya. Untuk mendapatkan liputan lain daripada kami mengenai Ultraman, sila klik pautan ini.

Sumber: Shin Ultraman, Crunchyroll

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: filemShin Ultramanvisual
Previous Post

5 senjata paling OP untuk Apex Legends Mobile (Mac 2022)

Next Post

Private Division bekerjasama dengan rakan studio baru untuk mencipta game lagi unik

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Private Division bekerjasama dengan rakan studio baru untuk mencipta game lagi unik

Private Division bekerjasama dengan rakan studio baru untuk mencipta game lagi unik

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd