Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Filem prekuel dan pengakhiran. Rurouni Kenshin: The Beginning bakal tiba di Netflix pada 30 Julai ini!

Amir Haziq by Amir Haziq
July 27, 2021
in Artikel, Berita, Filem, Movie/siri, Netflix
0 0
0
Filem prekuel dan pengakhiran. Rurouni Kenshin: The Beginning bakal tiba di Netflix pada 30 Julai ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Netflix telah mengumumkan bahawa mereka bakal melancarkan filem aksi yang dinantikan ramai, iaitu Rurouni Kenshin: The Beginning pada 30 Julai 2021. Filem live-action ini telah ditayangkan di Jepun pada 4 Jun lalu, dan ianya mengikuti perkembangan kisah dari Rurouni Kenshin: The Final.

Walaupun filem sebelum ini disebut sebagai The Final, tetapi Rurouni Kenshin: The Beginning adalah filem kelima dan terakhir untuk francais Rurouni Kenshin yang popular di Jepun. Ini adalah kisah prekuel yang akan memfokuskan pada masa lalu Himura Kenshin sebagai pembunuh Hitokiri Battōsai, serta menjelaskan hubungannya dengan Yukishiro Tomoe. Peminat juga akan didedahkan cerita bagaimana Kenshin mendapat bekas luka ikoniknya dalam filem ini.

Filem ini dibintangi oleh pelakon hebat seperti Takeru Satoh, Kasumi Arimura, Nijirō Murakami, Masanobu Ando, Towa Araki, Kazuki Kitamura dan Yōsuke Eguchi. Rurouni Kenshin: The Beginning diarahkan oleh Keishi Ōtomo, manakala Hiroyoshi Koiwai dan Satoshi Fukushima pula sebagai produser. Filem ini juga telah diterbitkan oleh Warner Bros. Pictures.

Francais filem Rurouni Kenshin berdasarkan siri manga yang ditulis dan digambarkan oleh Nobuhiro Watsuki. Siri asalnya telah disiarkan dalam Weely Shonen Jump dari April 1994 sehingga September 1999. Pada tahun 2019, manga ini telah mempunyai lebih dari 72 juta salinan, dan menjadi salah satu siri manga terlaris yang pernah ada.

Filem Rurouni Kenshin: The Beginning boleh ditonton secara stream di aplikasi Netflix bermula 30 Julai nanti! Anda juga boleh menonton Rurouni Kenshin: Origins dan Rurouni Kenshin: The Final yang sudah tersedia di Netflix sekarang. Untuk membaca segala liputan kami berkaitan francais ini, anda boleh tekan sahaja pada pautan yang tersedia.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: filemlive actionnetflixRurouni Kenshin: The Beginning
Previous Post

Football Manager membawa siri Bola Sepak Wanita ke dalam permainan mereka!

Next Post

Si klasik kembali! Contra Returns oleh KONAMI kini tersedia di Android dan iOS!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Si klasik kembali! Contra Returns oleh KONAMI kini tersedia di Android dan iOS!

Si klasik kembali! Contra Returns oleh KONAMI kini tersedia di Android dan iOS!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd