Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Filem “Oshi no Ko – The Final Act” Akan Datang Ke Pawagam Malaysia!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 26, 2024
in Anime, Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Filem “Oshi no Ko – The Final Act” Akan Datang Ke Pawagam Malaysia!
Share on FacebookShare on Twitter

Peminat Oshi no Ko boleh bergembira kerana Encore Films Malaysia secara rasmi mengumumkan filem “Oshi no Ko – The Final Act” akan dikeluarkan di pawagam Malaysia.

Oshi no Ko – The Final Act diadaptasi daripada siri manga terkenal Oshi no Ko yang ditulis oleh Aka Akasaka dan diilustrasikan oleh Mengo Yokoyari. Filem ini akan menjadi penutup kepada siri aksi langsung yang ditayangkan di Amazon Prime Video, tetapi mengambil inspirasi daripada arc terakhir manga yang tamat pada November 2024.

Diarahkan oleh Smith dengan skrip oleh Ayako Kitagawa, filem ini ditayangkan di pawagam Jepun pada 20 Disember 2024 dan berdurasi selama 2 jam 9 minit.

Bagi mereka yang kurang tahu, siri mengisahkan Goro Amemiya, seorang doktor dan peminat idol, yang kehidupannya berubah apabila dia dilahirkan semula sebagai Aqua Hoshino, anak kepada idol kegemarannya, Ai Hoshino. Perjalanan Aqua berkembang dalam industri hiburan, ketika dia cuba membongkar kebenaran di sebalik pembunuhan tragis Ai.

Adaptasi aksi langsung menampilkan barisan pelakon hebat yang menghidupkan watak-watak kesayangan manga:

  • Nagisa Saito (bekas ahli kumpulan idol =LOVE) sebagai Ruby Hoshino
  • Asuka Saito (bekas ahli kumpulan idol Nogizaka46) sebagai Ai Hoshino
  • Kaito Sakurai sebagai Aqua Hoshino
  • Nanoka Hara sebagai Kana Arima
  • Mizuki Kayashima sebagai Akane Kurokawa
  • Ano sebagai Memcho
  • Ryō Narita sebagai Gorō Amemiya
  • Kazunari Ninomiya sebagai Hikaru Kamiki

🌟#推しの子メイキング🌟

/
レッスン合間のB小町をお届け❤️🤍💛
\

公式Instagramでは、
随時メイキング写真を更新中🫶💫

▼Instagramはこちらhttps://t.co/mcqK6PlHsd

📢明日はいよいよ#MステSUPERLIVE だぞっ🍓

【#推しの子】
🎀ドラマシリーズ
Prime Video独占配信中
🎬映画
絶賛上映中 pic.twitter.com/VlVCiwd31C

— 【推しの子】ドラマ&映画公式 (@oshinoko_lapj) December 26, 2024

Walaupun tarikh tayangan di Malaysia belum disahkan, anda boleh melayari media sosial Encore Films Malaysia untuk maklumat lanjut.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Oshi no KoOshi no Ko – The Final Act
ShareTweetSend
Previous Post

Reviu DEATH NOTE Killer Within – Bunuh Semua Orang Sebagai Kira, Atau Jadi Penyelamat Seperti L?

Next Post

Semua Game Borderlands Ada Diskaun Besar, Harga Semurah RM6.30 Di Steam!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi
Anime

Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi

June 6, 2025
Next Post
Semua Game Borderlands Ada Diskaun Besar, Harga Semurah RM6.30 Di Steam!

Semua Game Borderlands Ada Diskaun Besar, Harga Semurah RM6.30 Di Steam!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd