Filem anime original MAPPA, Alice to Therese no Maboroshi Kojo ataupun maboroshi akan hadir ke Netflix pada tahun depan! Diumumkan melalui Netflix anime, filem maboroshi akan ditayangkan pada 15 Januari 2024. Anda boleh tonton trailer rasmi filem di bawah.
Untuk pengetahuan anda, filem ini sudah pun ditayangkan di pawagam Jepun pada bulan September yang lalu selepas diumumkan pada tahun 2021. Ditulis dan diarahkan oleh Mari Okada, maboroshi membawa kita ke sedunia yang terperangkap selepas sebuah kilang meletup. Berikut adalah sinopsis rasmi anime oleh Netflix:

Ini adalah kisah mereka yang didorong dengan perkara yang tidak dapat dibendung untuk jatuh cinta, mereka yang berjuang untuk masa depan di dunia yang melarang perubahan. Dorongan untuk jatuh cinta akan menghancurkan dunia.
Masamune yang berusia 14 tahun tinggal di sebuah bandar di mana aliran masa telah berhenti selepas letupan di sebuah kilang keluli menutup semua jalan untuk melarikan diri. Dengan harapan bahawa semuanya akan kembali normal suatu hari nanti, bandar itu membuat peraturan bahawa tiada apa yang mesti diubah, dan Masamune menghabiskan hari-harinya dalam kemurungan.
Pada suatu hari, rakan sekelasnya yang menarik dan penuh misteri, Mutsumi membawanya ke dalam relau letupan di kilang keluli. Di sana, dia menemui Itsumi, seorang gadis yang tidak boleh bercakap dan berperangai seperti serigala liar. Pertemuan Masamune dengan dua gadis ini mula menghakis keseimbangan dunia. Apakah masa depan yang menanti keinginan yang tidak dapat dibendung untuk jatuh cinta?

Kalau anda ingin menontonnya nanti, bolehlah ke Netflix dan tekan butang “Remind Me” untuk tontonnya tepat pada masa ia keluar! Untuk mendapatkan berita lain mengenai anime daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post