Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Filem Live Action Zom 100: Bucket List of the Dead Akan Hadir ke Netflix Ogos Ini!

Maira by Maira
June 14, 2023 - Updated on June 15, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Filem, Manga, Movie/siri, Netflix
0 0
0
Filem Live Action Zom 100: Bucket List of the Dead Akan Hadir ke Netflix Ogos Ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Siri anime Zom 100: Bucket List of the Dead telah pun mendapat tarikh tayangannya di Netflix pada bulan lalu. Nampaknya filem live action juga akan ke platform yang sama! Melalui Comic Natalie, filem live action Zom 100: Bucket List of the Dead akan dilepaskan secara global melalui Netflix pada 3 Ogos 2023. Buat masa ini, tiada lagi trailer rasmi yang dilepaskan tetapi teaser visual baharu filem telah dilepaskan.

Sumber: Netflix

Protagonis filem, Akira Tendo akan dilakonkan oleh Eiji Akaso manakala heroin Shizuka Mikazuki akan dibawa oleh Mai Shiraishi. Rakan baik Akira, Kenichiro Ryuzaki pula dipegang oleh Shuntaro Yanagi dan Kazuki Kitamura akan membawa watak sebagai bos Akira, Gonzo Kosugi.

Mengenai filem, ia diarahkan oleh Yusuke Ishida dan skrip dihasilkan oleh Tatsuhiko Mishima.

Sumber: Netflix

Kepada anda yang tidak mengenali siri Zom 100: Bucket List of the Dead, ia merupakan siri manga oleh Haro Aso dan Koutaro Takata yang diterbitkan melalui majalah Sunday GX milik Shogakukan pada Oktober 2018. Kini sebanyak 13 jilid manga yang telah diterbitkan sejak debut pertamanya. Bukan setakat itu sahaja, ia juga pernah dicalonkan untuk anugerah Eisner. Berikut adalah sinopsis rami siri oleh Viz Media:

“Bertahan daripada serangan zombi lebih baik daripada menjadi hamba gaji! Selepas menghabiskan bertahun-tahun bekerja di sebuah syarikat, kehidupan Akira telah hilang sinarnya. Dia tinggal di sebuah apartmen yang penuh dengan sampah, gajinya tidak seberapa dan dia tidak mempunyai keberanian untuk meluahkan cintanya pada rakan sekerjanya yang cantik. Tetapi apabila serangan zombi memusnahkan bandarnya, ia memberi dorongan yang diperlukannya untuk hidup sendiri. Sekarang, Akira dalam misi untuk melengkapkan kesemua 100 impiannya sebelum dia… menjadi zombi.”

Sumber: Netflix

Seperti yang kami nyatakan pada awal artikel, siri ini juga hadir dengan adaptasi anime tersendiri dan akan tersedia di Netflix pada 9 Julai 2023. Filem live action Zom 100: Bucket List of the Dead pula akan tersedia pada 3 Ogos 2023.

Jangan lupa untuk ikuti Gamer Santai untuk liputan menarik mengenai game, anime, filem dan banyak lagi!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Zom 100: Bucket List of the DeadZom 100: bucket List of the Dead Live Action
ShareTweetSend
Previous Post

Review F1 23 oleh EA Sports – Lumba ke garisan penamat bersama pasukan F1 kegemaran

Next Post

Projek MCU, Avatar & Star Wars banyak ditangguhkan oleh Disney

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Projek MCU, Avatar & Star Wars banyak ditangguhkan oleh Disney

Projek MCU, Avatar & Star Wars banyak ditangguhkan oleh Disney

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd