Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Filem live-action YAKUZA sah dalam pembikinan oleh SEGA!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 25, 2020 - Updated on September 28, 2020
in Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Filem live-action YAKUZA sah dalam pembikinan oleh SEGA!
Share on FacebookShare on Twitter

Berita besar untuk peminat Yakuza kerana laporan menunjukkan bahawa Sega sedang dalam perbincangan untuk menghasilkan filem berdasarkan permainan video Yakuza yang popular! Variety membongkar cerita bahawa Sega akan mengusahakan filem berdasarkan francais terkenal ini dengan bantuan 1212 Entertainment dan Wild Sheep Content.

Projek ini akan diketuai oleh Erik Barmack, Roberto Grande, dan Joshua Long dan bagi mereka yang tidak tahu, 1212 Entertainment sebelum ini bertanggungjawab untuk Scary Stories to Tell in the Dark, manakala Wild Sheep Content adalah syarikat produksi baru yang diasaskan oleh Barmack, yang mempunyai kredit produksi pada siri TV seperti Quicksand, Sacred Games, dan The Rain.

1212 Entertainment dan Wild Sheep Content sedang mencari penulis untuk membuat skrip, yang akan didasarkan pada IP kedua paling terlaris di Sega (the Hedgehog masih memegang tempat pertama). Permainan Yakuza dipuji secara meluas kerana persembahannya yang karismatik, gameplay “over-the-top”, dan lawak Jepun yang unik.

Secara ringkas, Yakuza mengikuti kisah Kazuma Kiryu, seorang anggota gengster Jepun di mana Kiryu dan rakan-rakan menerokai sekitar Jepun demi menyelesaikan beberapa misteri berkaitan Yakuza. Siri ini, yang dimulakan pada era PlayStation 2, telah mengikuti Kiryu daripada usia mudanya hingga dia pertengahan umur.

Berdasarkan petikan oleh 1212, ia disahkan filem Yakuza ini akan dibintangi oleh Kiryu sendiri.

“Yakuza menawarkan kami taman permainan baru untuk menyusun cerita yang menarik dengan watak-watak kompleks dalam persekitan unik yang jarang dilihat oleh penonton. Kisah Kazuma Kiryu memiliki daya tarik sinematik yang padu – serta gabungan aksi kinetik dengan komedi, jalan cerita yang saling berkait, dan perjalanan ke arah penebusan.”

Sehingga lebih banyak lagi didedahkan, itu sahaja yang kita tahu tentang filem live-action Yakuza. Jika anda ingin imbas balik sejarah permainan Yakuza, mari baca artikel kami di sini!


UPDATE

Ketua Pegawai Kreatif Sega Toshihiro Nagoshi secara rasmi mengumumkan di TGS 2020 sebuah filem live action Hollywood Yakuza yang akan datang! Toshihiro Nagoshi berkata maklumat terperinci mengenai filem itu akan diumumkan pada masa akan datang. Namun, Nagoshi menekankan “Oleh kerana kami yang melakukannya, lebih baik kami menjadikannya hebat. Kami tidak akan mengeluarkannya tanpa memastikan bahawa kami akan berpuas hati dengan hasil”. Ini bermaksud bahawa isu-isu seperti reka bentuk asal Sonic dalam filem Sonic The Hedgehog boleg dielakkan.

https://www.youtube.com/watch?v=U8JUmsNdQOs

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: filemKazuma Kiryulive actionsegaToshihiro Nagoshiyakuza
Previous Post

Fallen Angel Belial Sows Chaos kini di Granblue Fantasy: Versus PlayStation 4 & PC!

Next Post

Masa untuk rasa Teruja! Game Yakuza terbaru akan didedahkan hujung minggu ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Masa untuk rasa Teruja! Game Yakuza terbaru akan didedahkan hujung minggu ini!

Masa untuk rasa Teruja! Game Yakuza terbaru akan didedahkan hujung minggu ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd