Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Filem Live Action ‘Return to Silent Hill’ Bakal Menghantui Pawagam Pada Januari 2026

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 19, 2025
in Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Filem Live Action ‘Return to Silent Hill’ Bakal Menghantui Pawagam Pada Januari 2026
Share on FacebookShare on Twitter

Peminat setia Silent Hill kini boleh mula mengira hari kemunculan semula francais seram ikonik ini ke layar perak. Filem live action terbaharu, Return to Silent Hill, dijadualkan menemui penonton di pawagam Amerika Syarikat pada 23 Januari 2026, menurut laporan terbaru dari Deadline.

Tayangan di Malaysia juga dijangka dalam tempoh yang sama, namun masih belum ada pengumuman rasmi setakat ini.

RETURN TO SILENT HILL is set for January 23, 2026 🎬

Immerse yourself deeper in horrors of the fog-shrouded town before the film's release and get the SILENT HILL 2 PS5 Deluxe Edition at a discount! – https://t.co/VZgTnzAMQU#SILENTHILL pic.twitter.com/KcCqFqNn0M

— Silent Hill Official (@SilentHill) June 19, 2025

Filem ini diarahkan oleh Christophe Gans, pengarah yang pernah membawa Silent Hill versi 2006 ke layar perak. Kali ini, filem ketiga dalam siri ini diadaptasi daripada game klasik Silent Hill 2 keluaran Konami.

Ia menampilkan Jeremy Irvine (War Horse) sebagai James Sunderland, seorang lelaki yang masih dibayangi kehilangan cinta sejatinya, Mary, lakonan Hannah Emily Anderson (Dark Phoenix, Jigsaw).

Ceritanya bermula apabila James menerima sepucuk surat misteri yang membawanya semula ke bandar Silent Hill, kini dipenuhi makhluk-makhluk menakutkan dan suasana penuh kejahatan – yang menguji ketahanan jiwanya ketika dia mencari cinta yang telah hilang.

Gans turut menulis skrip bersama Sandra Vo-Anh dan Will Schneider, dan berjanji akan mengekalkan elemen seram psikologi yang menjadikan Silent Hill 2 begitu berpengaruh dalam dunia gaming.

Proses penggambaran berlangsung dari April 2023 hingga Februari 2024 di Jerman dan Serbia, dengan rekaan baharu untuk makhluk-makhluk menyeramkan yang dibangunkan melalui kerjasama erat dengan Konami.

Filem ini turut diterajui oleh penerbit Victor Hadida, nama yang sinonim dengan francais Resident Evil, serta diiringi oleh skor muzik hasil ciptaan komposer legenda siri ini, Akira Yamaoka.

Return to Silent Hill juga menandakan kepulangan Christophe Gans ke dunia Silent Hill selepas filem pertamanya pada 2006 yang dibintangi Radha Mitchell dan Sean Bean.

Selepas sekuel Silent Hill: Revelation arahan M.J. Bassett pada 2012, filem baharu ini disasarkan untuk menghidupkan semula atmosfera seram yang menjadikan game serta filem asal begitu diingati.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Return to Silent Hill
ShareTweetSend
Previous Post

Kepulangan Sebuah “Cult Classic” – Mengapa RAIDOU Remastered Wajib Dicuba!

Next Post

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Civilization: Eras & Allies Lancar Hari Ini di Malaysia, Memberi Definisi Baru Kepada Genre Mobile Strategy!
Berita

Civilization: Eras & Allies Lancar Hari Ini di Malaysia, Memberi Definisi Baru Kepada Genre Mobile Strategy!

June 19, 2025
Aplikasi Pendidikan “Climate Station” Dilancarkan Percuma Untuk PS5 & PS VR2!
Berita

Aplikasi Pendidikan “Climate Station” Dilancarkan Percuma Untuk PS5 & PS VR2!

June 19, 2025
Interviu Onimusha: Way of the Sword – Babak Baharu Diukir dalam Tradisi & Inovasi
Temuramah

Interviu Onimusha: Way of the Sword – Babak Baharu Diukir dalam Tradisi & Inovasi

June 19, 2025
Next Post
Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd